Ike Wie Meng Toh (dua dari kanan) bersama pegawai jawatankuasa Kejohanan Golf Terbuka Kelantan ke 37 menunjukkan trofi yang dipertandingkan |
KOTA BHARU - Lebih RM200,000 hadiah dipertaruhkan dalam Kejohanan Golf Terbuka Kelantan kali ke-37 termasuk hadiah khas kepada peserta yang berjaya melakukan pukulan selubang.
Pengerusi kejohanan, Mike Wie Meng Toh berkata, hadiah khas itu mungkin akan bertambah nilainya dengan kemunculan penaja-penaja baru menjelang kejohanan tersebut.
"Setakat ini hadiah khas yang telah dapat dikenal pasti adalah berupa kenderaan iaitu sebuah kereta dan sebuah motosikal berkuasa tinggi," katanya di sini, semalam.
Katanya, kejohanan tahunan itu akan berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 Julai ini.
Beliau menjangkakan seramai 200 peserta akan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut termasuk peserta dari Thailand dan Singapura.
"Kita mempunyai logistik sesuai dan mencukupi bagi menampung kehadiran peserta seramai itu, terutama struktur padang yang cukup baik berbanding di tempat-tempat lain di pantai Timur ini," katanya.
Sebagai penyediaan awal, katanya, pihaknya kini sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan padang bagi memastikan keadaan sentiasa terjaga selain mutunya dapat dipertingkatkan lagi menjelang kejohanan berlangsung.
Beliau percaya, kejohanan tersebut akan berlangsung dengan lancar berdasarkan sokongan yang ditunjukkan banyak pihak setakat ini.
Kejohanan tersebut dianjurkan Kelab Golf dan Desa Kelantan dengan kerjasama Persatuan Golf Malaysia (MGA). - UTUSAN
lumayan..kenape aku tak main golf adari dulu...http://mykampong-hasdin.blogspot.com/2011/06/canon-vs-nikon.html
BalasPadam