slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 27 Jun 2011

Chong Wei tunai misi



LANGKAH Datuk Lee Chong Wei (gambar) terlalu unggul untuk disekat apabila mudah mengetepikan pemain Denmark, Peter Gade 21-11, 21-7 bagi menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia buat kali ketiga berturut-turut.
Pada perlawanan akhir di Stadium Istora Senayan, Jakarta semalam, Chong Wei, 28, hanya memerlukan masa 31 minit untuk menjinakkan Gade, 34, yang jelas gagal menyaingi kepantasan, ketepatan dan aksi bertenaga pemain No. 1 dunia itu.
Kejayaan tersebut sekali gus melebarkan rekod kemenangan Chong Wei ke atas Gade kepada 13-1 sepanjang 14 pertemuan dalam karier mereka.
Kali terakhir mereka bertemu ialah pada perlawanan akhir Terbuka India bulan lalu di mana Chong Wei menang dalam aksi yang berlanjutan hingga tiga set.
"Saya bermain cukup yakin hari ini (semalam) walaupun sering disorak penonton Indonesia setiap kali saya melakukan smash.
"Namun, Peter masih seorang pemain yang bagus. Cuma yang memisahkan antara kami ialah saya sudah tahu cara dia mahu bermain," kata Chong Wei yang membawa pulang AS$45,000 (RM135,000) selaku juara.
Kejayaan yang dilakar semalam menjadikan Chong Wei menjadi pemain bukan Indonesia pertama merangkul kejuaraan hatrik dan melakar nama sebaris dengan wira tempatan seperti Ardy Wiranata dan Taufik Hidayat.
Dalam pada itu, Gade berkata, dia tidak dapat menandingi ketangkasan Chong Wei yang melakukan pelbagai corak serangan.
"Chong Wei telalu kuat bagi saya," kata Gade, pemain berusia 34 tahun itu yang membawa pulang wang tunai AS$22,800 (RM70,000).
Pada aksi semalam, selain penyokong fanatik Indonesia, Chong Wei menjadi perhatian pasukan China selepas enam pemain terbaik mereka termasuk jaguh Olimpik, Lin Dan gagal ke final.
Pegawai pasukan China meletakkan kamera di empat penjuru gelanggang untuk merakamkan aksi Chong Wei.
Sementara itu, China masih mempamerkan dominasi dalam lain-lain acara apabila muncul juara dalam acara perseorangan wanita, beregu wanita, beregu lelaki dan beregu campuran.
Dalam perseorangan wanita, pemain India, Saina Nehwal gagal mempertahankan kejuaraan apabila tewas 21-12, 21-23, 14-21 kepada Wang Yihan.
Dalam acara akhir beregu lelaki, gandingan Cai Yun-Fu Haifeng pula menewaskan rakan senegara, Chai Biao-Guo Zhendong 21-13, 21-12.
Pemain China turut menguasai acara beregu wanita apabila gandingan Wang Xiaoli-Yu Yang menewaskan beregu tuan rumah, Vita Marissa-Nadya Melati 21-12, 21-10.
Indonesia terus kempunan meraih kejuaraan di bumi sendiri apabila gandingan Ahmad Tantowi-Liliyana Natsir tewas kepada beregu China, Zhang Nan-Zhoa Yunlei 22-20, 14-21, 9-21 dalam acara beregu campuran. - KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga