KUALA LUMPUR: Pemain bass kumpulan Bunkface iaitu Farouk Jaafar atau Youk mengesahkan kumpulan itu masih belum berpecah dan sebaliknya bakal memulakan rakaman untuk album baru pada bulan ini.
Kata Youk, walaupun ada pihak yang terkeliru dengan status vokalisnya Sam yang dilihat semakin aktif bergerak dengan kumpulan The Azenders, itu hanyalah projek khas penyanyi itu.
"Sam masih lagi vokalis Bunkface. Pembabitannya dengan kumpulan The Azenders hanyalah projek khas dan tidak akan mengganggu komitmennya dengan Bunkface," katanya yang ditemui baru-baru ini.
Tambah Youk, walaupun sebelum ini pernah timbul isu salah faham antara mereka tetapi kumpulan tersebut masih aktif dan tidak sampai ke tahap berpecah seperti yang didakwa.
"Buat masa ini, memang Sam kerap bersama The Azenders dalam persembahan di merata tempat tapi dalam pada masa yang sama kami sebenarnya sedang menyiapkan album terbaru Bunkface.
"Jadi, tidak timbul isu berpecah atau bergaduh. Kami akan muncul dengan single terbaru dalam masa terdekat dan album penuh dijangka pada Ogos depan," jelasnya.
Kumpulan Bunkface yang dianggotai oleh Sam (vokal), Youk (gitar bass) dan Paan (gitar utama) ditubuhkan pada 2005 dan sudah menghasilkan tiga buah album bersama. - mStarOnline
terbaekk !!!
BalasPadamhaha... bunkface oh bunkface
BalasPadam