slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 22 Jun 2011

Muzikal 'Dreamgirls' Perkenal Kris Coleman


Kris Coleman
KUALA LUMPUR: Teater muzikal 'Dreamgirls: The Broadway Musical Sensation' memperkenalkan penampilan istimewa Kris Coleman, artis dari New York, Amerika Syarikat sebagai Jimmy Thunder.
Persembahan yang dibawakan oleh Broadway Academy (M) Sdn Bhd itu akan dipentaskan buat julung kalinya di Istana Budaya, di sini pada 14 hingga 24 Julai depan.
Menurut Pengarah Urusan dan Penerbit Eksekutif muzikal ini, Casey Koh, penampilan Kris dianggap bakal memberikan suntikan baru dan kreativiti menarik kepada muzikal yang diadaptasi daripada muzikal berjudul sama dari Amerika itu.
Ini kerana Kris pernah membintangi muzikal yang sama di Amerika dengan membawakan watak Curtis Taylor Jr.
Malah, dia juga popular menerusi beberapa muzikal lain seperti Jersey Boys, Sister Act, A Midsummer Nights Dream dan Big River.
Bagaimanapun, pihak produksi teater di bawah arahan Joanna Bessey ini menampilkan kesemua pelakon dan tenaga kreatif dari negara ini.
"Broadway Academy menyokong dan menghargai bakat-bakat dalam negara ini. Kita hanya membawa masuk Kris sebagai tarikan dan kelainan kepada muzikal ini," kata Casey ketika sidang media di Istana Budaya, di sini, Selasa.
Pelakon tempatan yang dimaksudkan antaranya adalah Cheryl Samad, Azura Zainal, Ruzana Ibrahim, Elvira Arul, Tony Eusoff, Dafi dan Indi Nadarajah.
Muzikal ini menampilkan lagu-lagu R&B popular nyanyian The Supremes, The Shirelles, James Brown dan Jackie Wilson.
Muzikal menampilkan 30 pelakon dan 15 pemuzik ini turut diadakan sempena kutipan amal untuk membantu pertubuhan-pertubuhan amal seperti Make-A-Wish-Malaysia, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan The Safe Clinic.
Tiket dijual pada harga bermula RM43 hingga RM403 melalui www.airasiaredtix.com atau hubungi 03-87754666. - mStarOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga