slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 25 Jun 2011

Genting jenama baharu dalam EPL

Jenama Genting akan tertera di jersi pasukan Aston Villa.


GENTING UK, anak syarikat Genting Malaysia Berhad kini menjadi penaja utama kelab bola sepak England, Aston Villa dalam mengharungi Liga Perdana England (EPL) bagi musim 2011/2012 dan 2012/2013.
Menerusi perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak baru-baru ini, jersi pasukan Aston Villa semasa beraksi di laman sendiri dan tempat lawan juga akan dilengkapi dengan logo Genting selama dua musim.
Timbalan Pengerusi Eksekutif Genting UK, Peter Brook dalam kenyataannya berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan kelab terkemuka seperti Aston Villa.
Menerusi perjanjian itu katanya, kedua-dua pihak juga bersetuju menyokong aktiviti masing-masing sama ada di dalam atau di luar negara, selain pihaknya turut menyediakan pelbagai manfaat tajaan lain yang bakal dinikmati Aston Villa.
“Usaha sama ini dilihat wajar bagi menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan Genting sebagai satu jenama unggul dalam bidang perhotelan dan riadah sekali gus meluaskan pengaruh Genting di peringkat antarabangsa.
“Kami percaya hubungan antara kedua-dua pihak dapat terjalin utuh menerusi usaha sama ini memandangkan pasukan Aston Villa mempunyai reputasi yang cukup bagus di kota Birmingham,” katanya dalam kenyataan itu semalam.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar tajaan tersebut.
Aston Villa yang membariskan nama-nama besar dalam arena bola sepak seperti Gabriel Agbonlahor, Darren Bent dan Brad Friedel mengakhiri cabaran mereka dalam Liga Perdana England di kedudukan kesembilan pada musim lalu.
Meskipun kehilangan Ashley Young yang berhijrah ke Manchester United pada musim depan, pasukan itu sudah pasti merencana strategi baharu bagi memastikan mereka layak ke cabaran Liga Juara-Juara selepas ini.
Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Aston Villa, Paul Faulkner dalam kenyataan yang sama memberitahu, pihaknya amat gembira dan teruja untuk bekerjasama dengan Genting, selain berharap untuk mendapat manfaat daripada kredibiliti Genting sebagai sebuah syarikat antarabangsa yang terkemuka dalam industri hospitaliti.
“Kami percaya ini akan menjadi satu perkongsian yang baik dan positif untuk Aston Villa sekali gus membantu pembangunan kelab secara berterusan.
“Usaha sama ini juga dilihat menjadi detik permulaan baru kepada Aston Villa memandangkan Genting mempunyai jaringan yang cukup bagus di peringkat antarabangsa sekaligus mencerminkan imej yang positif untuk kedua-dua pihak,” katanya. - KOSMO

1 ulasan:

  1. wow..jenama malaysia tu..ada peningkatan. . .http://mykampong-hasdin.blogspot.com/2011/06/canon-vs-nikon.html

    BalasPadam

Iklan Mangga