slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 7 Jun 2011

The Reds teruja

SERAH...Ayre (kanan) menyerahkan jersi Liverpool kepada  Subahan, semalam.
SERAH...Ayre (kanan) menyerahkan jersi Liverpool kepada Subahan, semalam.

JIKA ada pihak menganggap kunjungan Liverpool ke Malaysia sekadar memenuhi undangan, mereka sebenarnya silap kerana skuad kendalian Kenny Dalglish itu menyifatkan pertemuan dengan Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, 16 Julai ini cukup bermakna.

Perlawanan sempena Jelajah Asia Liverpool itu yang pertama kali diadakan di negara ini bukan saja penting untuk persiapan musim baru skuad The Reds sebaliknya sebagai tanda penghargaan kepada peminat setia mereka di sini.

Menurut Pengarah Urusan Liverpool FC, Ian Ayre, beliau sempat berbual dengan Dalglish serta pemain mengenai lawatan ke Malaysia dan mereka teruja untuk turut serta dalam jelajah pra-musim ini.

“Saya memaklumkan kepada pengurus kami, Kenny Dalglish, kapten Steven Gerrad dan pemain mengenai jelajah ini, ternyata mereka tidak sabar untuk datang ke sini buat kali pertama.

“Mungkin ada pihak menganggap perlawanan pra-musim ini tidak penting atau tidak begitu bermakna kepada pasukan ternama.

“Tapi bagi Liverpool, kami memandang serius pertemuan dengan pasukan Malaysia kerana bukan saja ia penting untuk pemain kekal cergas bagi musim baru Liga Perdana Inggeris tapi juga bagi memuaskan hati peminat,” katanya pada sidang media pengumuman Jelajah Asia Liverpool 2011 semalam.

Turut hadir pada majlis itu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Subahan Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank (Malaysia) Osman Murad dan Ketua Pengawai Eksekutif ProEvents International, Julian Kam.

Bagi peminat juara 18 kali Liga Perdana Inggeris dan lima trofi kejuaraan Eropah, Liverpool, mereka boleh menonton aksi bintang seperti Luis Suarez, Pepe Reina, Jamie Carragher, Raul Meireles dan Dirk Kuyt beraksi dengan mendapatkan tiket berharga RM388, RM108, RM68 dan RM58 menerusi laman web www.ticketpro.com.my serta di kaunter Ticketpro.

Sementara itu, Ayre mengesahkan pihak pengurusan Liverpool bersedia untuk bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dalam melaksanakan program pembangunan bola sepak.

“Kami harap kerjasama dengan KLFA ini dapat diadakan dalam jangka masa yang lama, ia bukan sekadar akademi bola sepak tapi untuk pembangunan secara menyeluruh sama seperti yang dilakukan di enam lokasi lain termasuk di India sebelum ini,” katanya.

Berita itu disambut baik Presiden KLFA, Datuk Astaman Abdul Aziz yang mengharapkan kerjasama dengan kelab gergasi Inggeris bermula 1 Ogos ini dapat mencapai misi mereka melahirkan ramai pemain berbakat bermula dari usia 14 tahun hingga 17 tahun. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga