slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 18 Jun 2011

'Jangan ambil mudah Myanmar'


Pemain2 negara bersalaman dengan jurulatih K.Rajagobal selepas selesai
menjalani latihan ringan di Kota Bharu semalam.

BIARPUN perlawanan menentang Myanmar di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini sekadar aksi pemanas badan, ketua pasukan kebangsaan, Safiq Rahim mengingatkan rakan-rakannya supaya tidak mengambil mudah aksi persahabatan antarabangsa tersebut.
Menurutnya, perlawanan itu cukup penting buat pasukan Harimau Malaya dalam rangka persiapan menjelang pusingan kelayakan Piala Dunia yang dijadual berlangsung pada 29 Jun ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
"Saya harap rakan-rakan sepasukan dapat memberikan tumpuan dan fokus sepenuhnya pada pertemuan dengan Myanmar. Ia cukup penting sebagai persediaan sebelum bertemu dengan Taiwan nanti.
"Selain itu, saya berharap rakan-rakan sepasukan dapat mengekalkan momentum kebangkitan seperti yang telah ditunjukkan dalam perlawanan sebelum ini.
"Walaupun hanya sekadar persahabatan ia cukup penting buat kita untuk menilai kekuatan dan kelemahan pasukan," katanya.
Safiq berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Suaikenal Pemain Harimau Malaya dan pasukan Myanmar serta sesi bertemu peminat di ruang legar pasar raya KB Mall, Kota Bharu semalam.
Mengulas mengenai ketiadaan Norshahrul Idlan Tahala yang mengalami kecederaan hamstring serta beberapa lagi penyerang kebangsaan yang lain, Safiq memberitahu, ia tidak menjejaskan persiapan pasukan Harimau Malaya.
"Bagi saya, kita tidak berdepan dengan masalah kerana kita ada penganti. Abdul Hadi Yahya seorang pemain yang baik dan saya yakin dia mampu menggalas tugas dengan baik sekiranya diberikan peluang," ujarnya.
Dalam pada itu, perancang tengah pasukan The Red Giant ini berharap penyokong setia The Red Warriors dapat hadir beramai- ramai ke stadium untuk memberikan sokongan kepada kepada pasukan Harimau Malaya pada perlawanan malam ini.
"Ini merupakan perlawanan pertama Harimau Malaya di luar Kuala Lumpur, jadi saya mahu rakan-rakan akan bagi yang terbaik dan saya juga berharap penyokong Kelantan dapat memberikan sokongan padu seperti yang diberikan kepada The Red Warriors setiap kali mereka beraksi di sini," tambahnya lagi.
Sementara itu, bagi pertahanan Kelantan, Farisham Ismail, dia begitu teruja sekiranya diberi peluang untuk membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan di Stadium Sultan Muhammed Ke IV.
"Beraksi di stadium ini dengan jersi Kelantan dan Malaysia pastinya mempunyai perbezaan. Ini penampilan saya pertama bersama skuad kebangsaan dan sekiranya diturunkan ia pasti suatu yang sangat mengagumkan.
"Saya masih baru bersama pasukan ini (kebangsaan), banyak yang perlu dipelajari. Untuk turun beraksi malam esok saya sudah bersedia dan fokus serta kekuatan mental cukup penting dalam mengharungi perlawanan di pentas antarabangsa," jelasnya. - Kosmo

1 ulasan:

  1. hok duk Kelate, pakat2 gi stadium deh....bagi support kat team Malaysia....

    BalasPadam

Iklan Mangga