slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 19 Mac 2011

Angkara Balotelli


LONDON: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini berharap penyerang, Mario Balotelli kecewa dibuang padang ketika menentang Dynamo Kiev seterusnya menyebabkan kelab itu tersingkir daripada saingan Liga Europa, semalam.

Pemain Itali berusia 20 tahun itu diarah keluar padang kerana menerjah keras dada Goran Popov pada minit ke-36 pada aksi perlawanan kedua pusingan ketiga.

Balotelli dibuang padang ketika kedudukan masih 0-0 dengan City perlu mengatasi defisit 2-0 pada perlawanan pertama di Kiev. Mereka menang 1-0 namun tersingkir menerusi keputusan agregat.

“Saya turut merasai kekecewaan 10 pemain lagi. Saya tahu Mario kecewa dengan tindakannya kerana jika bermain 11 pemain, kami boleh memenangi perlawanan dan mara ke suku akhir,” kata Mancini.

Ketika diminta mengulas mengenai insiden kad merah itu, beliau berkata: “Saya tidak tahu kerana tidak melihat dengan jelas dari bangku simpanan. Saya fikir 10 pemain lain beraksi dengan baik bagi baki 60 minit permainan.” 

City memenangi perlawanan itu hasil rembatan leret Aleksandar Kolarov, tiga minit selepas Balotelli menerima kad merah namun mereka gagal mendapat gol kedua yang mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Ditanya mengenai apakah yang diucapkan kepada pemain selepas itu, Mancini berkata: “Saya mengucapkan tahniah kerana mereka berusaha keras untuk menghasilkan gol kedua hingga tamat permainan.

“Saya kecewa dengan keputusan ini kerana kami berhak menambah jaringan kerana bermain hebat dengan 10 pemain.” Pemain pertahanan City, Vincent Kompany berkata, kehilangan Balotelli menyukarkan pasukan mengatasi pasukan lawan namun enggan menjadikan insiden itu penyebab mereka terkandas.

“Sukar untuk memberi sebarang komen mengenai insiden itu kerana tidak menyaksikannya namun apabila bermain 10 pemain pastinya sukar. Kami berusaha keras mahu menang dan menjaringkan gol. Kami bermain baik. Bukan kerana kurang seorang pemain menyebabkan kami tidak layak,” katanya.

Balotelli terpaksa meninggalkan padang pada perlawanan pertama selepas dimasukkan pada babak kedua dan dia dilihat menggosok-gosok matanya. Media Britain mendakwa dia mengalami alahan rumput.

Aksi pemain antarabangsa Itali musim ini terjejas akibat kecederaan dan penggantungan dan kini dibuang padang buat kali kedua sejak menyertai City dari Inter Milan Ogos lalu. - Reuters

1 ulasan:

Iklan Mangga