slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 10 Mac 2011

Badminton All-England: Chong Wei mara


KUALA LUMPUR – Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan kedua dalam saingan Kejohanan All England yang sedang berlangsung di Birmingham Indoor Arena di England, semalam.
Penyandang juara itu dengan mudah menewaskan pemain bukan pilihan Brice Leverdez dari Perancis dengan 21-9, 21-11 dalam masa hanya 24 minit di pusingan pertama perseorangan lelaki.
Chong Wei kini dijadualkan berhadapan dengan Bao Chunlai dari China yang menewaskan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 21-10, 21-6 di pusingan berikutnya.
Dalam acara beregu lelaki pula, pasangan nombor satu Malaysia Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menumpaskan pasangan Rusia Vitalij Durkin/Alexandr Nikolaenko dengan 21-13, 21-13.
Turut mara ialah satu lagi pasangan beregu negara Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How, yang mengenepikan pasangan dari Taiwan Fang Chieh Min/Lee Sheng Mu dengan 21-14, 21-19.
Pemain-pemain lain negara bagaimanapun gagal menyerlah. – Bernama

2 ulasan:

Iklan Mangga