slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 7 Mac 2011

Safee nadi kebangkitan Pelita Jaya FC


ARDAN Aras, kapten pasukan Pelita Jaya yakin Safee Sali akan terus menjadi sumber inspirasi buat kelabnya bangkit di pusingan kedua Liga Super Indonesia (ISL). Selepas menang 1-0 ke atas Sriwijaya FC menerusi jaringan tunggal Safee, kelmarin, Ardan mengaku bekas penyerang Selangor itu amat diperlukan ‘The Young Guns’.

“Permainan Safee amat bagus, sangat membantu pemain Pelita. Mudah-mudahan ia berterusan ke perlawanan seterusnya,” kata Ardan. Biarpun mengakui permainan pasukannya kurang lancar, ketua pasukan berusia 27 tahun itu membayangkan amat besar bezanya permainan Pelita sebelum ini jika dibandingkan dengan kehadiran Safee.

“Kalau dulu, rakan sepasukan banyak membuang bola dan sering hilang kawalan. Namun, dengan adanya Safee, mereka bagaikan yakin dengan kemampuan penyerang prolifik itu sehingga mempamerkan corak permainan yang bagus.

“Selain Safee di atas yang sering mengganggu pertahanan lawan, benteng pertahanan juga tampak selesa dengan kehadiran dua pemain dari liga Australia. Pemain Scotland, Christopher Ross Doig dan Troy Hearfield (Australia) amat kukuh di benteng pertahanan. Begitupun, Ardan mengaku kebanyakan rakan terutama pemain muda masih gugup, tetapi berubah selepas Safee menjaringkan gol pada minit ke-62.

“Saya pasti, dalam setiap perlawanan selepas ini kemenangan akan memihak kepada kami,” katanya Safee pasti akan menjaringkan gol dan Christopher bersama Troy akan pastikan gawang kami tidak dibolosi,” kata kapten pasukan yang terlalu gembira dengan kemenangan yang diraih.

Pada pusingan pertama, Sriwijaya bagai tidak gentar dengan Pelita Jaya dengan kemenangan 2-1., Namun pada aksi kelmarin, rentak pasukan itu sumbang sejak awal permainan kerana aura kehebatan Safee. Semalam, semua pemain diberi cuti sehari. Begitu juga dengan Safee yang mengambil keputusan berada di Bona Vista Apartment, di tengah kota Jakarta.

“Hari ini saya tidak mahu ke mana-mana kerana memberi rehat kepada pemandu. Lagipun di sini amat sesak di hari minggu,” katanya. - myMetro

1 ulasan:

  1. diharap Safee kekalkan kestabilan corak permainan dan jgn mudah goyah dgn kritikan.

    BalasPadam

Iklan Mangga