slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 2 Jun 2011

11 mengaku terima RM2,000 atur keputusan Piala Presiden


SEREMBAN: RM2,000 seorang. Itulah habuan diterima setiap pemain Piala Presiden negeri ini selepas semua 11 pemain diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengatur keputusan perlawanan membabitkan skuad itu pada musim ini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya percaya lebih 15 orang termasuk bahagian pengurusan terbabit dalam kes itu selepas masing-masing mengaku menerima RM2,000 setiap seorang.

“Namun, kita masih lagi menyiasat perkara ini dan tidak menolak kemungkinan ia turut berlaku dalam Liga Super berdasarkan aduan diterima,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, pihaknya juga mengesan dalang yang mengatur keputusan perlawanan bagi membantu siasatan kes bookie bola itu.

“Kita akan siasat perkara ini, jika betul pemain Liga Super terbabit, mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan.

“Ia adalah prosedur biasa dalam setiap siasatan yang dijalankan oleh SPRM selepas kami membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pemain skuad itu mengatur perlawanan pada musim ini,” katanya. 

Sumber berkata, siasatan berhubung kes ini sudah 80 peratus siap selepas pihaknya mengambil keterangan pemain termasuk di peringkat pengurusan pasukan.

“Siasatan hampir siap dan dijangka dapat dilengkapkan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan, 20 pemain termasuk pemain simpanan Piala Presiden Negeri Sembilan dipanggil SPRM Jumaat lalu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengatur keputusan perlawanan membabitkan skuad itu pada musim ini.

Sumber SPRM ketika dihubungi berkata, semua mereka dipanggil mulai awal pagi kelmarin dan keterangan diambil berperingkat sehingga lewat petang di pejabat SPRM di sini.

Sementara itu, Pengurus Piala Presiden negeri, Bahari Abd Rahman mengakui kebanyakan pemain itu dipanggil ke pejabat SPRM di sini, kelmarin, tetapi tidak pasti sama ada semua 20 pemain skuad berkenaan atau hanya sebahagian.

“Beberapa pemain menghubungi saya menyatakan mereka akan dipanggil ke pejabat SPRM semalam (kelmarin) untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan,” katanya. - myMetro

1 ulasan:

  1. habis lah ini mcm.....gantung boot lah jawabnya.

    BalasPadam

Iklan Mangga