slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 18 Jun 2011

Hef tak berubah: Crystal


BEREMOSI...Crystal menangis ketika diwawancara pengacara Entertainment Tonight, semalam.
LOS ANGELES: Bekas tunang Hugh Hefner, Crystal Harris, mendedahkan dia membatalkan perkahwinan dengan pengasas Playboy itu di saat-saat akhir kerana tidak tahan dengan gaya hidup melampau lelaki terbabit.

Kata Crystal, apabila majlis perkahwinannya dengan Hefner dijadual pada hari ini dibatalkan, dia berasa lega walaupun pada masa sama dia “mengecewakan semua orang.” 

Dalam temu bual dengan rancangan Entertainment Tonight, Crystal, 25, berkata dia bukan satu-satunya wanita dalam hidup Hefner.

“Saya tak selesa apabila hati saya tahu hakikat sebenar dan akan berkahwin dengannya.

“Perkahwinan berlangsung di antara dua manusia dan hubungan yang akan dilalui bersama Hefner bukanlah apa yang saya inginkan,” katanya.

Selama ini, Hefner, 85, memang terkenal dengan sifatnya memiliki ramai teman wanita pada satu-satu masa dan dia tidak membayangkan mahu menukar gaya hidup sebegitu.

Crystal juga menyalahkan “tekanan” dialaminya kerana terpaksa berurusan dengan pakar perundangan ekoran keputusan mengejutnya.

“Kami terpaksa berdepan dengan ramai peguam kerana saya tidak pernah menghadapi situasi begitu selama ini,” katanya.

Crystal berkata, selain menguruskan perjanjian praperkahwinan, dia juga perlu berdepan dengan peguam berkali-kali untuk pelbagai urusan, termasuk kontrak.

Katanya, semua yang berlaku terlalu pantas.

“Hefner melamar saya di depan tiga kamera dan seorang jurugambar. Saya sangka, memang itulah yang saya mahukan,” katanya.

Sementara itu, pembatalan perkahwinan itu dikatakan lebih merugikan Hefner berbanding Crystal. Pakar industri pengurusan perkahwinan, Harmony Walton, berkata pengasas Playboy bakal kehilangan sekurang-kurangnya RM758,000. Difahamkan, kek perkahwinan dan bunga-bungaan untuk majlis itu juga sudah dibayar sepenuhnya bersama set pakaian pengantin.- DM

1 ulasan:

  1. dah sah2 playboy...xda maknanya nak berubah.....

    BalasPadam

Iklan Mangga