slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 11 Jun 2011

Bieber hadiah gitar kepada 3 anak Beckham

Justin Bieber gives the Beckhams guitars | Pictures | Photos | Celebrity News



LOS ANGELES: Victoria Beckham berkata semalam, Justin Bieber membuat ketiga-tiga anak lelakinya, Brooklyn, 12, Romeo, lapan, dan Cruz, enam, begitu gembira. 

Menurutnya, Bieber menghantar gitar akustik dengan tandatangannya kepada ketiga-tiga anaknya itu. Ketiga-tiga anak David Beckham dan Victoria adalah peminat setia penyanyi lagu Baby itu.

Melalui laman Twitter, Victoria mengucapkan terima kasih kepada Bieber.Victoria turut memuat turun gambar ketiga-tiga gitar itu. “Terima kasih Bieber kerana memberikan hadiah gitar dengan tandatangan anda. Mereka sangat gembira!” tulis Victoria.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu amat meminati Bieber hingga Beckham pernah berkata, Romeo ingin adik perempuan yang akan dilahirkan Victoria diberi nama Justine Bieber Beckham. Romeo dan Cruz pernah menonton konsert Bieber dan bertemu penyanyi berkenaan selepas konsert selesai. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga