slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 30 Jun 2011

De Gea sah milik United




MADRID - Penjaga gol Atletico Madrid, David de Gea telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Manchester United kelmarin.
Kedua-dua kelab mengesahkan mengenai perpindahan pemain yang akan menggantikan tempat Edwin van der Sar yang bersara tetapi butiran lanjut tentang bayaran tidak didedahkan.
Begitupun, laporan media di Sepanyol mendedahkan yang bayaran perpindahan de Gea berjumlah 29 juta euro (RM127 juta), manakala media Britain melaporkan perjanjian itu bernilai 20 juta euro (RM87 juta).
De Gea, 20, melengkapkan perpindahan itu selepas lulus ujian kecergasan.
Setakat ini, dia menjadi pemain ketiga yang ditandatangani skuad The Red Devils selepas pemain pertahanan Blackburn Rovers, Phil Jones dan penyerang Aston Villa, Aston Villa.
"Saya berasa sangat bangga dan saya tidak sabar untuk bermain di sana (Old Trafford)," kata de Gea dalam laman web rasmi United.
"Apabila sebuah kelab yang hebat seperti United berjumpa dengan kamu, sudah tentu ia akan menjadikan kamu berasa sangat gembira."
De Gea dianggap sebagai salah seorang penjaga gol muda yang paling cemerlang di Eropah.
Minggu lalu, dia membantu skuad remaja Sepanyol menjadi juara pada Kejohanan Eropah (Euro) Bawah 21.
Manakala bulan lalu pengurus United, Alex Ferguson memberi bayangan bahawa De Gea bakal menggantikan tempat van der Sar yang meng- umumkan persaraan selepas pasukan itu tewas 1-3 kepada Barcelona pada final Liga Juara- Juara.
"Saya lihat keinginan beliau (Ferguson) itu sebagai motivasi untuk bekerja lebih kuat, sekali gus mempamerkan kemampuan sebenar saya," kata de Gea.
"Ia adalah suatu keistimewaan untuk menjadi sebahagian daripada pemain di kelab seperti United dan saya akan melakukan yang terbaik untuk membuktikan kemampuan sebenar diri saya." - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga