slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 29 Jun 2011

Kerana Demonstrasi, Konsert '2 Raksasa' Ditunda


Shirazdeen Karim
KUALA LUMPUR: Konsert yang akan menggabungkan dua kumpulan rock legenda, Sweet Charity dan Blues Gang, iaitu “2 Raksasa 2011” ditangguhkan pada 1 Oktober depan atas nasihat pihak polis gara-gara demonstrasi yang akan dibuat oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
Penganjur konsert tersebut, Produser Eksekutif Netzah Production, Shirazdeen Karim berkata, konsert yang sepatutnya berlangsung pada 9 Julai depan di Stadium Merdeka itu tidak dapat dilaksanakan kerana ditakuti berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kerana demonstrasi haram tersebut.
"Kami sudah bersedia secara keseluruhannya untuk konsert itu tetapi atas nasihat pihak polis, kami terpaksa akur. Perkara ini dimaklumkan kepada kami pada Jumaat lepas.
"Polis telah menasihatkan supaya tidak menganjurkan konsert pada tarikh berkenaan demi keselamatan pengunjung yang mungkin akan bertembung dengan kumpulan demonstrasi tersebut," ujarnya pada sidang media Pengumuman Penangguhan Konsert 2 Raksasa 2011, di sini, Selasa.
Selain itu, Shirazdeen berkata disebabkan penangguhan itu pihaknya juga telah kerugian puluhan ribu ringgit bagi menampung kos-kos yang sudah dilaksanakan.
Katanya ia termasuk kos-kos yang melibatkan soal promosi, pembelian iklan dan bunting.
"Kami juga tidak boleh menukar lokasi konsert itu ke tempat lain kerana sudah membayar deposit kepada pihak Stadium Merdeka. Atas sebab itulah konsert berkenaan terpaksa diadakan di lokasi yang sama dengan tarikh yang berbeza,” ujarnya.
Bagaimanapun katanya, individu yang sudah membeli tiket boleh mendapatkan semula wang masing-masing daripada pihak penganjur.
Ramli Sarip dan Shirazdeen Karim
Sementara itu, vokalis Sweet Charity, Ramli Sarip berkata, pihaknya berasa sedih dengan penangguhan berkenaan tetapi menganggap ia sudah ketentuan Tuhan.
"Kami sememangnya sudah bersedia untuk konsert tersebut. Kami akui agak sedih dan terkilan kerana kami terlalu teruja untuk bertemu peminat.
"Namun begitu kami percaya apa yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Lebih penting ialah keselamatan peminat," ujarnya.
Tiket konsert berkenan dijual dengan harga RM 73.00 dan boleh didapati di www.airasiaredtix.com. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-8775 4666 atau semua cawangan Redtix di Rock Corner dan Victoria Music. - mStarOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga