slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 15 Jun 2011

Ronaldo tolak tawaran lumayan City


Cristiano Ronaldo
MADRID - Real Madrid, Cristiano Ronaldo mendedahkan yang dia tidak akan menyertai Manchester City pada musim panas ini.
Ronaldo menafikan spekulasi mengenai perpindahan ke City dengan nilai £150 juta (RM746 juta) serta ditawarkan gaji lumayan iaitu £21 juta (RM104 juta) setahun.
"Memang tawaran itu menarik tetapi saya tidak akan ke City. Pegang kata-kata saya ini, saya tidak akan pergi ke sana. Duit bukanlah segala-galanya.
"Jika saya hanya mengejar duit, saya boleh mendapat sekali ganda daripada gaji saya sekarang.
"Apa yang penting ialah sikap seseorang itu dan saya telah mendapat layanan yang cukup baik di sini dan saya sangat gembira bersama Real," kata Ronaldo.
Pemain berusia 26 tahun itu yang memperoleh gaji £13.5 juta (RM67 juta) setahun ketika ini telah pun memecah rekod jaringan terbanyak semusim dengan 54 gol.
Dia turut membantu Real menjuarai Piala Raja-Raja Sepanyol dengan menewaskan Barcelona pada aksi final.
Secara keseluruhan, Ronaldo telah meledak 87 gol sepanjang 89 perlawanan bersama Real sejak dia berhijrah ke kelab itu dari Manchester United dua tahun lalu dengan nilai perpindahan sebanyak £80 juta (RM398 juta).
Bintang Portugal itu masih memiliki baki kontrak selama empat tahun bersama Real dan dia akan terus mengikat kontrak jangka panjang bagi menamatkan sebarang spekulasi perpindahan ke City.
"Saya akan menandatangani kontrak 10 tahun bersama Real iaitu sehingga penghujung karier.
"Tidak salah juga jika saya menandatangani kontrak seumur hidup bersama kelab ini," jelas Ronaldo. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga