slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 22 Jun 2011

Safee yakin gandingan dengan Hadi


Safee Sali tiba di KLIA dari Jakarta semalam untuk menyertai skuad kebangsaan yang akan mengharungi Kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan 29 Jun ini.
SEPANG - Ketiadaan Norshahrul Idlan Talaha yang tercedera urat pelipat lutut, tidak membimbangkan Safee Sali untuk membentuk keserasian gandingan barisan depan skuad negara dengan mana-mana penyerang lain.

Malah kemunculan Abdul Hadi Yahya yang dipanggil ke skuad negara, dianggap mampu menampungnya, apatah lagi dengan persembahan konsisten penyerang Terengganu itu yang mendahului carta penjaring terbanyak Liga Super 2011.

"Dengan sesiapa saya berganding dan bermain masih terpulang kepada jurulatih (Datuk K. Rajagobal). Bagi saya, persembahan Hadi juga konsisten sekarang untuk Terengganu dan pasukan kebangsaan," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sekembalinya dari Jakarta, semalam.

Khidmat penyerang kelab Indonesia, Pelita Jaya ini amat ditagih skuad negara menjelang perlawanan pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 29 Jun ini.

Namun dia digantikan oleh Abdul Hadi ketika Malaysia mengikat Hong Kong 1-1 di Stadium Siu Sai Wan, Hong Kong, 3 Jun lalu dengan penyerang Terengganu itu berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-66.

Malah kata penyerang Terengganu itu ketika majlis pelancaran tiket pasukan kebangsaan, minggu lalu: "Saya pernah bersama Safee selama dua hingga tiga tahun semasa bersama Selangor, jadi ia bukan satu masalah buat saya," katanya.

Safee, yang dikecualikan daripada menentang Myanmar di Kota Bharu, 18 Jun lalu, bagaimanapun berkata: "Saya belum berpuas hati dengan persembahan sendiri ketika persahabatan dengan Hong Kong itu.

"Persiapan juga belum terlalu rapi namun sekarang keadaan pasti berubah kerana masih ada waktu yang panjang untuk terus memupuk keserasian," kata Penjaring Terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 itu.

Menurut Safee, perkembangan skuad negara terutama ketika menewaskan Myanmar 2-0 di Kota Bharu, tidak lepas daripada pemantauannya biarpun berjauhan daripada rakan sepasukan.

"Saya mengikuti perkembangan mereka dari sana. Persembahan pasukan kita amat bagus dan saya harap kembalinya dapat membantu serba sedikit bagi Malaysia membawa bekalan selesa di Bukit Jalil (Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan).

"Sudah lama juga saya tidak bermain di Bukit Jalil malah sudah merindui suasana di sana dan bermain di Malaysia dengan menyarung jersi pasukan kebangsaan sambil berharap mampu menyumbangkan persembahan dan keputusan yang terbaik," katanya.

Tiga lagi penyerang yang disenaraikan Rajagobal turut tercedera iaitu Ahmad Fakri Saarani, Shahrizal Saad dan S. Chanturu sehingga jurulatih itu terpaksa mencalonkan Izzaq Faris Ramlan, walaupun agak hambar ketika menentang Lebanon dalam Kelayakan Olimpik, Ahad lalu. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga