slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 1 Jun 2011

Indonesia idam khidmat empat lagi pemain negara


JANGAN terkejut sekiranya beberapa pemain kebangsaan turut berpeluang mengikut jejak penyerang Pelita Jaya FC, Mohd Safee Sali beraksi dalam kancah Liga Super Indonesia (ISL) musim depan.

Kejayaan penyerang berusia 27 tahun itu mencipta nama di republik itu nyata mencetuskan kepercayaan dan keyakinan di kalangan kelab ISL untuk menggunakan khidmat pemain kebangsaan yang semakin mendapat perhatian berikutan kejayaan menjulang Piala Suzuki AFF.

Perkembangan positif itu didedahkan sendiri bekas penyerang Selangor itu dengan beberapa nama seperti kapten skuad negara, Mohd Safiq Rahim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Mohd Amirulhadi Zainal dan Mohd Asraruddin Putra Omar menjadi risikan pihak tertentu.

“Saya sendiri didatangi beberapa wakil kelab di negara itu bagi mengetahui lebih lanjut mengenai beberapa pemain kebangsaan. Malah ada di antaranya sudah menghantar wakil ke Malaysia untuk menyaksikan mereka beraksi dalam saingan Liga Super.

“Antara yang menjadi kelebihan pemain kebangsaan adalah faktor budaya yang hampir sama antara kedua-dua negara berbanding pemain dari negara lain sekali gus memberikan keyakinan kepada mereka pemain Malaysia mampu cepat menyesuaikan diri,” katanya ketika ditemui sewaktu pelancaran Liga Komuniti Mizi Sports semalam. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga