slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 11 Jun 2011

Henderson kini milik Liverpool




LONDON: Gergasi Liga Perdana, Liverpool semalam mengesahkan berjaya mendapatkan pemain tengah berbakat, Jordan Henderson dari Sunderland dengan yuran perpindahan berjumlah 20 juta pound sterling (RM98.5 juta).

Henderson pemain berusia 20 tahun menandatangani kontrak dengan kelab Merseyside itu menerusi perjanjian jangka panjang selepas bersetuju dengan syarat-syarat yang dikenakan serta turut mengunjungi kompleks latihan Melwood sebelum ujian perubatan. 

Kehadiran Henderson menjadikannya pemain ketiga yang dibawa masuk sejak Kenny Dalglish mengambil alih tugas sebagai pengurus Januari lalu selepas pembelian Andy Carroll dan penyerang antarabangsa Uruguay, Lusi Suarez.

Henderson menjadi tonggak utama Sunderland pada dua musim lalu dan turut tampil kali pertama bersama skuad senior England menentang Perancis November tahun lalu.

Pembelian pemain itu antara strategi baru Liverpool yang mahu mengambil pemain muda berbakat berbanding pemain bertaraf bintang.

Kelab itu juga itu dilapor turut memburu pemain tengah Blackpool, Charlie Adam, 25, dan penyerang muda Ipswich, Connor Wickham, 18. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga