slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 16 Jun 2011

Radhi (OAG) Buat Persembahan Selepas Masuk Pengasih


Radhi
KUALA LUMPUR: Penyanyi Muhammad Radhi Razali, 33, (Radhi (OAG)) kembali untuk membuat persembahan pentas sejak menjalani pemulihan dadah lima bulan lalu.
Kali terakhir dia mengadakan persembahan pada Disember tahun lalu sempena Konsert Rock The World.
Pada 25 Jun ini, Radhi akan membuat persembahan di Downtown@Bukit Dukung, R&R Lebuhraya Cheras-Kajang dengan kumpulan barunya, Outlet. Ia akan diadakan pada pukul 8.30 malam.
Outlet merupakan kumpulan muzik yang terdiri daripada ahli Pengasih termasuklah dua rakannya iaitu Hafizi Harun (dram) dan Muhammad Kamil Muhammad Muazam (gitaris).
"Ini merupakan persembahan saya yang pertama sejak menjalani pemulihan di sini. Saya akan membawakan konsep berlainan dengan mengubah rentak lagu dan cara nyanyian.
"Saya akan menyanyikan lagu lama daripada kumpulan OAG dan lagu baru yang dicipta di sini dua minggu lalu," katanya dalam satu sidang media di Rumah Pengasih, di sini, Rabu.
Katanya, walaupun telah menubuhkan Outlet tetapi kumpulan OAG masih lagi wujud.
Sementara itu menurut Radhi, selain berhenti daripada mengambil dadah dia turut mampu berhenti merokok sejak tiga minggu lalu. Daripada situ, tercetusnya idea untuk dia menghasilkan lagu Aku Perokok Bodoh.
Lagu kedua yang dihasilkan adalah lagu Tears Spark Street yang mengisahkan tentang dunia luarnya dalam penagihan.
"Selepas ini saya akan menyanyikan lagu bermesej positif dan saya berharap peminat dan keluarga dapat memberikan sokongan terhadap kami," ujarnya. - mStarOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga