slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Ahad, 5 Jun 2011

Pecah rekod


KOTA BHARU: Acara kemuncak Walkathon D’Raja Kelantan 2011-Walk With Me berjaya menarik lebih 15,000 peserta daripada pelbagai masyarakat, termasuk orang awam, pelajar sekolah dan agensi kerajaan yang membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, semalam.

Acara berjalan kaki disertai Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bersama rakyat sejauh tiga kilometer (km) itu sekali gus memecah rekod Malaysia Book Of Records (MBOR) bagi kategori penyertaan walkaton paling ramai.

Bagi peserta, Siti Faridah Ghazali, 24, dari Jeram Tekoh, Gua Musang, dia secara sukarela berminat dan mendaftar diri untuk acara berkenaan yang julung kali diadakan di Kelantan.

Katanya, pendekatan mesra rakyat yang dilakukan Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi menganjurkan acara berkenaan adalah tepat.

“Saya bertolak sejak jam 8 pagi lagi dari Gua Musang untuk menyertai acara ini. Saya gembira apabila mendapat tahu acara riadah sebegini diadakan untuk rakyat Kelantan. Diharap penganjuran ini diteruskan setiap tahun,” katanya.

Norizan Razak, 42, pula berkata, ini pertama kali dia menyertai acara seperti itu. Katanya, rakyat biasa menghargai kesudian Sultan Muhammad V turun padang mendekati mereka dalam acara riadah.

“Pendekatan seperti itu patut diteruskan kerana lebih ramai rakyat boleh bersama-sama Sultan menyertai acara sama,” katanya.

Sempena acara itu juga, 80 kenderaan pacuan empat roda (4x4) dilepaskan di pekarangan Grand Riverview Hotel bagi pertandingan ‘SS Challenge’ yang diadakan di Dataran Pasir Pekan.

Pelepasan itu disempurnakan Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga