slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 9 Julai 2011

Beckham Papar Foto Perut Victoria

David Beckham
SEBELUM ini, fashionista Victoria Beckham pernah menyatakan bahawa dia tidak ingin mengambil foto bogel ketika hamil seperti yang dilakukan oleh kebanyakan selebriti lain.
Bagaimanapun, suaminya, David Beckham tidak dapat menahan perasaannya untuk menunjukkan perut isterinya itu kepada umum.
Diam-diam pemain bola sepak LA Galaxy itu telah mengambil foto Victoria yang sedang berbikini dan memaparkannya menerusi akaun Facebook miliknya tanpa pengetahuan isterinya itu.
Foto Victoria yang diambil oleh Beckham.
"Saya ambil foto Victoria tanpa dia sedar. Saya kagum dengan tubuh badannya lebih-lebih lagi ketika dia sedang sarat mengandung. Saya harap dia tak marah," katanya.
Foto hitam putih itu menunjukkan bekas ahli kumpulan Spice Girls sedang mengenakan kain lebar menutup bahagian bikini dengan mengenakan cermin mata hitam.
Foto tersebut diambil Beckham beberapa hari selepas pengakuan Victoria yang enggan mengambil gambar bogel. - mStarOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga