slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 27 Julai 2011

Justin enggan kongsi lif



JUSTIN TIMBERLAKE telah menunjukkan 'belang' status selebritinya apabila dilaporkan enggan berkongsi lif dengan orang kebanyakan. Penyanyi yang kini semakin aktif berlakon di layar perak itu baru-baru ini menghadiri parti yang berlangsung di bahagian bumbung Standard Hotel di New York usai majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonan Justin, Friends with Benefit.
Sumber yang memberitahu E! Online berkata: "Selepas seronok berparti, Justin lalu mahu beredar daripada parti tersebut pada pukul 1 pagi. Untuk pulang, semua tetamu parti itu perlu menggunakan lif."
"Namun ketika Justin mahu turun, tiga orang gadis yang turut menyertai parti itu sudah menunggu di depan lif itu untuk turun ke bawah.
Bagaimanapun pengawal-pengawal peribadi Justin tidak membenarkan gadis-gadis itu memasuki lif tersebut.
"Apabila gadis-gadis tersebut mempersoalkan tindakan pengawal-pengawal peribadi Justin itu, mereka telah diugut akan diambil tindakan oleh pihak hotel sebelum mereka kemudian bersetuju mengikut arahan."
Tambah sumber, apabila gadis-gadis tersebut bersetuju untuk tidak menggunakan lif tersebut, Justin kemudian dibenarkan memasuki lif tersebut.
Pada parti yang turut dihadiri oleh selebriti seperti Penn Badgley, Courtney Love dan Rose Byrne itu, bintang berusia 30 tahun itu dilihat berbual dengan aktres Mila Kunis dan Patricia Clarkson. - KOSMO

1 ulasan:

Iklan Mangga