slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 14 Julai 2011

Kapal Terbang Take That Disambar Petir

Kumpulan Take That
KUMPULAN Inggeris popular Take That berhadapan dengan tragedi ngeri apabila kapal terbang yang mereka naiki disambar petir.
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan yang dialami kelima-lima ahli kumpulan tersebut.
Seperti dipetik The Mirror, kumpulan yang dianggotai oleh Robbie Williams, Gary Barlow, Mark Owen, Howard Donald dan Jason Orange itu dalam perjalanan ke konsert mereka di Milan, Itali.
Menurut sumber, situasi ketika kejadian tersebut sangat tegang apabila aliran elektrik berkuasa tinggi menyambar kapal terbang tersebut.
"Ketika memulakan perjalanan cuaca baik dan apabila berada tidak beberapa lama di udara tiba-tiba ada satu cahaya petir yang menyembar kapal terbang itu.
"Situasi sangat tegang kelima-lima anggota Take That kelihatan sangat cemas namun mereka hanya meringkuk di tempat masing-masing sehingga selamat sampai di Milan," katanya. - mStarOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga