slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 19 Julai 2011

Jepun bangkit dua kali kejut AS

SKUAD wanita Jepun merai kejayaan mereka yang muncul juara Piala Dunia Wanita FIFA di Frankfurt, kelmarin.
SKUAD wanita Jepun merai kejayaan mereka yang muncul juara Piala Dunia Wanita FIFA di Frankfurt, kelmarin.
FRANKFURT: Jepun bangkit dua kali daripada ketinggalan sebelum memenangi Piala Dunia Wanita buat julung kali kelmarin selepas menewaskan Amerika Syarikat 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas perlawanan masa tambahan terikat 2-2.

Kapten Jepun, Homare Sawa, yang memenangi Kasut Emas kejohanan, memastikan pasukannya terus bersaing apabila menanduk masuk pada minit ke-117 selepas penyerang Amerika Syarikat, Abby Wambach terlebih dulu meletakkan pasukannya di depan ketika masa tambahan selepas masing-masing terikat 1-1 dalam saingan 90 minit.

“Sukar mempercayainya,” kata Sawa, 32, yang tampil beraksi dalam Piala Dunia kali kelima.

“Kami tidak berputus asa dan bermain sehingga minit terakhir, saya terus berlari hingga saat terakhir. Kami memberikan segala tenaga yang ada. 

“Saya selalu mengimpikan untuk menjulang Piala Dunia dan sukar untuk mempercayainya ia kini satu realiti.

“Inilah keputusan terbaik saya dalam lima Piala Dunia dan saya akan pulang dengan pingat emas.” Pertahanan Jepun, Azusa Iwashimizu diperintah keluar padang pada minit ke-121 kerana mengasari penyerang Amerika Syarikat, Alex Morgan.

“Pasukan kami amat fokus dan tersusun, tetapi ini adalah final pertama kami, jadi kami gugup dalam permainan,” kata jurulatih Jepun, Norio Sasaki. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga