slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 1 Julai 2011

UiTM sedia pertahan status juara

IMBAS KEMBALI... UiTM muncul juara Liga IPT 2010 selepas menewaskan UKM 3-0 di Stadium UiTM, Shah Alam.


UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sudah bersedia untuk mempertahankan gelaran juara pada saingan bola sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang membuka tirainya hari ini.
Tampil dengan status selaku juara Divisyen Satu Liga Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2011, UiTM sememangnya dilabel sebagai pasukan pilihan untuk sekali lagi bergelar juara.
Jurulatih UiTM, Omar Ali berkata, anak- anak buahnya sejak daripada awal lagi telah diberitahu bahawa matlamat, terutamanya mereka adalah untuk mempertahankan kejuaraan dan ia perlu dicapai.
"Pemain-pemain telah tanamkan dalam pemikiran mereka bahawa mereka perlu membawa UiTM untuk bergelar juara memandangkan kami merupakan juara bertahan.
"Selaku juara bertahan, saya akui ia bukan suatu perkara yang mudah buat pemain-pemain semua kerana kami perlu sentiasa menampilkan persembahan terbaik.
"Namun saya percaya dengan kualiti yang dimiliki oleh barisan pemain saya bahawa mereka mampu untuk melaksanakan matlamat utama kami itu dengan jayanya," kata Omar ketika dihubungi Kosmo!semalam.
Bagaimanapun, beliau tetap mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak terlalu memandang rendah kemampuan pasukan lawan kerana ia dikhuatiri mampu mengundang padah buat mereka.
"Saya percaya, dalam bola sepak apa jua boleh terjadi dan itu kita tidak boleh nafikan.
"Sama juga dengan situasi kami ketika ini. Biarpun diletakkan sebagai pasukan pilihan namun kami masih belum pasti apa yang akan berlaku kepada kami dalam satu-satu perlawanan.
"Jadi, saya mahu pemain-pemain sentiasa fokus dalam setiap perlawanan agar kemenangan sentiasa menyebelahi kami," jelas Omar.
UiTM bakal membuka tirai kempen apabila dijadual berdepan Universiti Malaya (UM) pada aksi peringkat Kumpulan A di Stadium UiTM petang ini. - KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga