slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 14 Julai 2011

Liverpool tiba hari ini

SKUAD bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool FC akan tiba di Malaysia hari ini bagi Siri Jelajah Asia 2011.

Ia adalah kali pertama skuad Liverpool yang menduduki tangga keenam EPL musim 2010/2011 berkunjung ke Malaysia.

Menurut penganjur, pemain The Reds dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) awal pagi dari Guangzhou, China selepas mengadakan siri perlawanan persahabatan Jelajah Asia 2011 di negara itu.

Peminat boleh menyaksikan kelibat pemain pujaan mereka pada sesi latihan yang akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 7 malam ini.

Bagaimanapun, sesi latihan itu dibuka kepada peminat yang mempunyai pas khas sesi latihan itu saja. Sementara itu, penaja rasmi The Reds iaitu Standard Chartered dan Courts masing-masing mempunyai program tersendiri.

Bagi Standard Chartered Malaysia, ‘Standard Chartered Liverpool FC Fanzone’ di Pavilion Kuala Lumpur adalah pesta bagi meraikan ketibaan pasukan serta peminat kelab EPL itu.

Ia bermula sejak Isnin lalu dan antara acara kemuncak ialah penampilan skuad bola sepak itu pada jam 3 petang Jumaat ini.

Courts juga turut mengatur sesi bertemu peminat di premisnya di Setapak dan Cheras juga pada jam 3 petang, hari yang sama. - Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga