slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 25 Julai 2011

Malaysia kena bedal


Perejam Thailand, Pornchai Kaokaew melibas sambil dihalang pemain negara, Norshahruddin Mad Ghani pada perlawanan akhir Kejohanan Sepaktakraw Piala Dunia di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari
MALAYSIA jelas bukan tandingan Thailand selepas negara Gajah Putih itu mudah menundukkan skuad lelaki negara 3-0 pada final Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) di Stadium Titiwangsa semalam sekali gus muncul negara pertama menjuarai saingan yang julung kali dianjurkan itu.

Pada perlawanan semalam, skuad negara seakan-akan tidak melawan pada dua set pertama apabila Thailand mudah meraih kemenangan 15-4, 15-6 dengan kebanyakan mata yang diraih oleh skuad negara adalah hasil kesilapan lawan.

Servis kuda tekong negara, Noor Azman Abdul Hamid yang serba tidak menjadi, menjadi lubuk kepada Thailand untuk memungut mata sambil dibantu dengan kehebatan barisan pemain mereka yang dilihat sempurna dari setiap sudut.

Hanya selepas Muhammad Syazwan Husin menggantikan Noor Azman, barulah skuad negara dapat memberi saingan kepada Thailand di set ketiga tetapi kebangkitan itu sudah terlambat dan Thailand meraih kemenangan mutlak 15-11.

“Pada perlawanan tadi (semalam) jelas nampak perbezaan ketara antara tekong kita dengan Thailand. Servis mereka banyak membantu untuk memungut mata.

“Menerusi sistem baru kiraan 15 mata ini, memang kita perlu memanfaatkan servis sebaik-baiknya untuk memungut mata tetapi ia tidak dapat dilakukan oleh tekong kita.

“Selain servis, Thailand juga begitu kemas dalam kawalan rejaman dan bertahan dengan baik apabila menerima asakan dari skuad negara,” kata ketua jurulatih negara, Jamaluddin Hassan.

Selaku juara, Thailand membawa pulang wang berjumlah AS$8,000 (RM23,800) sementara skuad negara meraih AS$4,000 (RM11,900).
PARA pemain Thailand dan Malaysia bergambar selepas majlis penyampaian hadiah pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia Istaf 2011 di Stadium Titiwangsa semalam. Thailand muncul juara selepas menewaskan Malaysia 3-0 pada perlawanan akhir.
Sementara itu, Thailand turut mendominasi saingan wanita apabila mudah menundukkan Vietnam 3-0 menerusi mata 15-7, 15-12, 15-9 pada perlawanan akhir. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga