slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 23 Julai 2011

Bertudung tidak halang melibas



KUALA LUMPUR - Memakai tudung tidak menghalang tekong sepak takraw wanita Indonesia, Cahya Permata Fahrani melakukan servis dan libasan kencang pada hari kedua Sepak Takraw Piala Dunia Pertama Kuala Lumpur 2011, semalam.

Malah, Cahya, 18, turut mengakui memakai tudung tidak membataskan wanita muslim untuk menyertai sukan berkenaan.

''Tidak ada masalah untuk wanita yang bermain sepak takraw memakai tudung terutama yang beragama Islam sebagai contoh di tempat saya di Sumatera terlalu ramai pemain wanita yang bertudung.

''Saya juga selesa melakukan apa jua aksi dalam sukan ini dengan memakai tudung dan berseluar panjang ia tidak sedikit pun mengganggu libasan, tandukan dan servis saya," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan menentang China di Stadium Titiwangsa di sini, semalam.

Tambah Cahya yang masih menuntut di Universiti Sri Wijaya Indonesia, berkata, dia memakai tudung bagi menunaikan nazarnya selepas terpilih menyertai Kejohanan Pekan Olahraga Indonesia pada 2007.
CAHAYA PERMATA (dua dari kanan) tetap tampil dengan aksi hebat meskipun turun ke gelanggang dengan menutup aurat.
Pada perlawanan semalam, skuad wanita Indonesia kecundang kepada China apabila sekadar memperoleh keputusan 4-15, 9-15 dan 6-15 dalam perlawanan kedua Kumpulan A.

China selaku naib juara Kumpulan A layak melangkah ke suku akhir hari ini bersama Malaysia yang memperoleh kelebihan sebagai tuan rumah untuk menjadi juara kumpulan sama. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga