slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 16 Julai 2011

Cole mahu ledak gol buat peminat

Mohd. Fahmi Ibrahim yang berusia 9 tahun menerima tandatangan daripada Joe Cole pada sesi bertemu bintang Liverpool di Courts Mammoth, Setapak, Kuala Lumpur, semalam. Liverpool akan menentang skuad Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

KUALA LUMPUR - Bagi membalas sokongan yang diberikan oleh peminat Liverpool di Malaysia, pemain tengah Reds, Joe Cole berazam meledak gol sebagai hadiah istimewa untuk mereka pada perlawanan persahabatan Siri Jelajah Asia 2011 menentang Harimau Malaya hari ini.

Malah, Cole sendiri akan beraksi sebaik mungkin untuk menjadikan perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi lebih menarik.

Tambah pemain berusia 29 tahun itu, sambutan yang diberikan oleh peminat tempatan terhadap kelab Liverpool sungguh mengujakan sepanjang berada di Kuala Lumpur sejak kelmarin.

''Terima kasih pada sokongan yang sungguh hebat daripada peminat di sini dan kami akan cuba mendapatkan gol pada perlawanan esok (hari ini).

''Saya juga akan cuba untuk menjaringkan gol sebagai hadiah kepada penyokong setia Liverpool atas sambutan baik diberikan,'' katanya ketika majlis perasmian pembukaan cawangan baru Courts di Setapak, sini, semalam.

Pada majlis tersebut, Cole sempat bermesra dengan hampir 500 peminat Reds hadir untuk mendapatkan tandatangan pemain yang menyarung jersi nombor 10 itu. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga