slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 5 Julai 2011

Skuad Kim Swee jumpa Chelsea



KEMARAAN skuad bola sepak kebangsaan ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 memaksa perubahan terpaksa dilakukan untuk aksi persahabatan menentang kelab Liga Perdana England, Chelsea pada 21 Julai depan. Pada asalnya, skuad kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagobal dijadual untuk berdepan tiga kelab gergasi England iaitu Arsenal (13 Julai), Liverpool (16 Julai) dan Chelsea pada 21 Julai.
Namun skuad Rajagobal itu hanya akan turun menentang Arsenal dan Liverpool kerana jadual perlawanan menentang Chelsea kebetulan hanya dua hari sebelum aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura pada 23 Julai. 
Sebagai alternatif, tugas untuk berdepan skuad Chelsea bimbingan pengurus baru, Andre Villas-Boas bakal digalas oleh skuad Olimpik negara iaitu Harimau Muda A bimbingan Ong Kim Swee.
Menurut Kim Swee, beliau akan menggabungkan barisan pemain Harimau Muda A dengan beberapa pemain bintang Liga Super yang tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan kendalian Rajagobal. 
"Sudah tentu beberapa pemain utama skuad Olimpik seperti Khairul Fahmi Che Mat, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli, K. Gurusamy dan Ahmad Fakri Saarani tidak dapat beraksi kerana mereka ada tugas penting bersama skuad kebangsaan.
"Jadi saya akan menggunakan pemain Harimau Muda A yang lain dan dibantu antara empat hingga enam pemain luar dari pasukan Liga Super untuk mengisi mana-mana posisi yang perlu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. 
Ia sekali gus bakal membuka ruang buat beberapa pemain senior seperti Amri Yahyah (Selangor), Badhri Radzi (Kelantan), Abdul Manaf Mamat (Terengganu), Indra Putra Mahayuddin (T- Team) serta pemain-pemain lain merasai peluang berdepan Petr Cech, Ashley Cole, John Terry, Frank Lampard, David Luiz dan Fernando Torres.
Bagi Kim Swee, 41, sendiri, beliau turut berasa bertuah dapat mengendalikan pasukan yang akan bertemu kelab sebesar Chelsea yang kini dibimbing Villas-Boas yang baru berusia 33 tahun. 
"Selain para pemain muda kita dapat pengalaman bertemu bintang-bintang dunia, bagi kami di pihak tenaga kejurulatihan, ia penting untuk kami mempelajari sesuatu. 
"Ketika bergelar pemain, saya sekali berpeluang menentang kelab Brazil, Flamengo di Stadium Shah Alam pada 1994," ujarnya. 
Harimau Muda A yang bakal menamatkan saingan Liga Super bertemu Johor FC malam esok akan berlepas ke Slovakia penghujung bulan ini bagi latihan dan aksi persahabatan selama sebulan sebagai persiapan menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012. - KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga