slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 5 Julai 2011

Pop Shuvit Pertaruhkan Man Bai Dalam Album Baru


Pop Shuvit
PETALING JAYA: Kumpulan muzik Pop Shuvit sebelum ini popular dengan lagu Marabahaya kini baru sahaja keluar dengan single terbaru mereka berjudul Seperti Syurgamu duet bersama penyanyi terkenal Man Bai.
Menurut Ketua Kumpulan Rudy Malik, pemilihan Man Bai berikutan penyanyi tersebut merupakan salah seorang penyanyi lagenda rock yang mempunyai peminatnya tersendiri dan mampu membawa nama kumpulan mereka kepada peminat Melayu.
“Kami membesar dengan lagu-lagu Man Bai, jadi ketika muzik lagu ini siap, dia sahaja yang terbayang difikiran kami.
“Lagi pula, Man Bai bukan sahaja diminati oleh semua kaum di Malaysia, jadi dia adalah pilihan yang paling tepat dan sesuai dengan konsep lagu tersebut yang berunsur nasihat,” katanya yang bakal memuatkan lagu tersebut dalam album terbaru Cherry Blossom Love Affair.
Tambahnya, Man Bai menerima baik cadangan kolaborasi itu dan merakamkan lagu tersebut dalam masa sehari sahaja.
“Satu pengalaman yang sangat menarik apabila bekerjasama dengan seorang yang mempunyai pengalaman luas,
“Dia memberi kerjasama dan komitmen yang sangat baik dan hanya sehari sahaja ia siap dirakamkan,” katanya.
Kumpulan dianggotai Muralidharan Marimuthu atau Moots sebagai penyanyi utama dan ketua kumpulan, Rudy Malik (Rudy/dram), Nazrin Datuk Nasir (AJ/gitar bass), Jedidiah Wong (JD/gitar) dan Syazleey Zalsyam Zakaria (DJ Uno/Turntables), pernah mencipta sejarah apabila menjadi kumpulan rock pertama yang berjaya menembusi pasaran muzik di Jepun.
Jelas JD pula, album terbaru ini dijangka bakal berada dipasaran penghujung bulan ini, lebih istimewa album berkembar tersebut menampilkan lagu Melayu dan Inggeris.
“Album ini akan dipecahkan kepada dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris, setiap bahagian mempunyai enam buah lagu.
“Manakala beberapa lagu yang berada dalam album ini adalah lagu istimewa kerana merupakan percubaan Pop Shuvit dalam mempelbagaikan genre muzik kami,” katanya.
Dalam pada itu, kumpulan yang sememangnya sudah mencipta nama diluar negara ini baru sahaja pulang dari siri jelajah Manila bersama Slapshock pada 8 hingga 13 Jun lalu.
Lebih membanggakan lagi apabila album Cherry Blossom Love Affair ini juga bakal menembusi pasaran muzik Filipina. - mStarOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga