slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 25 Julai 2011

Peserta Sarawak juara Mr. Malaysia

DENI Jeros memberikan aksi di atas pentas setelah dinobat sebagai juara kategori heavyweight Kejohanan Bina Badan Kebangsaan di Muar, semalam.

MUAR - Peserta Sarawak, Deni Jeros berjaya menjuarai kategori heavyweight Kejohanan Bina Badan Kebangsaan di Dewan Jubli Intan, di sini semalam.

Kemenangan Deni dalam kategori heavyweight merupakan yang kali pertama buatnya dalam kejohanan Mr. Malaysia selepas menewaskan tiga peserta lain.

Dalam kategori bawah 70 kilogram, peserta Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohd. Syarul Azman Mahen muncul juara.

Sebanyak 12 kategori dipertandingkan dalam kejohanan kali ini dan PDRM muncul juara berpasukan menerusi pungutan 112 mata, manakala Negeri Sarawak di tempat kedua dan Sabah di tempat ketiga.

Majlis perasmian disempurnakan Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Yusof HM Hanif.

Hadir sama Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia, Datuk Wira Gan Boon Leong serta PresidenPersatuan Bina Badan dan Angkat Berat Johor, Datuk Ayub Rahmat. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga