slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 12 Julai 2011

Selebriti Berjaya Tarik Minat Masyarakat Sertai Askar Wataniah

Lebih 500 Askar Wataniah yang diraikan semasa Majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Wilayah Persekutuan di Rejimen 515 (AW), Kuala Lumpur, Ahad. - Foto ROHAIZAT DARUS
KUALA LUMPUR: Penyertaan selebriti dan atlit sukan dilihat berjaya menarik minat masyarakat untuk menyertai Askar Wataniah (AW).
Menurut Panglima 4 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Zulkifli Kassim, sejajar dengan matlamat penubuhan kompeni Askar Wataniah, golongan tersebut telah memberikan impak yang begitu positif kepada berbagai lapisan masyarakat.
Datuk Siti Nurhaliza menyerahkan bendera kepada Datuk Zulkifli Kassim.
“Kita telah berupaya menarik minat berbagai lapisan masyarakat, individu yang boleh dijadikan ikon seperti selebriti, atlit sukan dan mereka yang telah mengharumkan nama negara dengan kebolehan tertentu.
“Saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada mereka kerana dengan secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan Askar Wataniah di samping dapat meningkatkan tahap kesedaran masyarakat awam terhadap peranan Askar Wataniah dalam mempertahankan negara,” kata beliau ketika berucap di Majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Wilayah Persekutuan di Rejimen 515 (AW), di sini, Ahad lalu.
Yana Shamsudin dan Nurul Hidayah ketika menyanyikan lagu Si Baju Hijau semasa senaman perang.
Tambah beliau: “Askar Wataniah telah dapat memberikan pendedahan kepada orang awam tentang sebahagian aktiviti, latihan dan tugas-tugas anggota tetap sebagai orang awam yang dilatih oleh Angkatan Tentera Malaysia.
“Selain itu, pembangunan modal insan dan hubungan baik yang sedia terjalin di antara masyarakat dan Angkatan Tentera Malaysia akan terus dipertingkatkan lagi.”
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Panglima 12 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Nazir Mami.
Turut serta adalah selebriti yang menyertai Platun Seni Askar Wataniah iaitu penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, pelakon Yana Shamsudin, pelakon Eric Fuzi dan pengacara Nurul Hidayah yang juga anak kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Lebih 500 Askar Wataniah yang turut diraikan dalam majlis tersebut terdiri daripada Platun Kementerian Pertahanan (Kementah), Platun Media Siber, Platun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Platun Universiti Islam Antarabangsa (UIA). - mStarOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga