slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 5 April 2011

14 pesilat negara uji ketangkasan di Singapura


KEJOHANAN Silat Asia di Singapura dari 12 hingga 18 April ini menjadi medan persediaan terbaik buat skuad negara menghadapi Sukan Sea Indonesia, November ini.

Jurulatih negara, Nasri Nasir berkata, kejohanan menghimpunkan 15 negara Asia itu juga dapat mengukur prestasi semasa pesilat selepas beraksi pada Kejohanan Silat Dunia 2010 Disember lalu.

Menurutnya, 14 pesilat elit negara yang menjalani latihan di Bukit Jalil begitu bersemangat dan memberi komitmen tinggi bagi meraih kejayaan pada kejohanan pertama kali dianjurkan itu.

“Segala persiapan sudah dilakukan iaitu memanggil 14 pesilat menjalani latihan pusat sejak 1 Mac lalu. 

“Namun, mereka belum lagi mencapai tahap 100 peratus terutama dari segi kecergasan dan latihan intensif perlu dipertingkatkan sebelum ke Singapura.

“Mereka perlu membuktikan kemampuan kerana kejohanan ini menjadi sebahagian medan penilaian ke Sukan Sea,” katanya

.Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) mensasarkan dua pingat emas daripada 24 pesilat, 14 pesilat elit dan 10 pesilat pelapis di kejohanan itu. Antara pesilat yang dijangka memberikan sumbangan emas kepada skuad negara ialah Mohd Fauzi Khalid, Faizal Abdullah, Norfahana Ismail dan Mohd Hafiz Mahari.

Nasri berkata, jika dibandingkan dengan prestasi semasa, pesilat Vietnam dan Indonesia adalah pencabar utama tetapi beliau yakin pesilat negara mampu mencipta kejayaan.

“Saya harap 24 pesilat yang juga atlet yang akan beraksi di Sukan Sea 2011 ini akan membawa pulang pingat emas buat negara,” katanya. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga