slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 30 April 2011

Kilafairy Takut Dinilai Kerana Kontroversi


KUALA LUMPUR: Pelakon baru Kilafairy mengakui agak gementar untuk menerima reaksi daripada orang ramai terhadap lakonan pertamanya dalam filem Karak yang bakal ditayangkan 26 Mei depan.
Jelas Kila, dia lebih berdebar apabila namanya telah dikenali dengan pelbagai kontroversi sebelum bakatnya ditonjolkan.
“Sudah tentu saya sangat takut menerima reaksi penonton filem ini. Saya tahu ramai yang mengenali saya dengan beberapa kontroversi yang tercetus sebelum ini.
“Saya tidak mahu orang akan membandingkan lakonan saya dengan kontroversi yang terjadi,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Kila, dia sudah membuat yang terbaik dalam filem tersebut dan mengakui masih banyak lagi yang perlu dipelajarinya.
“Ini lakonan pertama saya sudah tentu banyak kelemahan, tapi jika diberi peluang lagi saya akan buat yang terbaik,” katanya.
Ketika ditanya bagaimana dia mampu berhadapan dengan kontroversi ketika masih lagi baru dalam industri ini, Kila memberitahu dia sering mendapat nasihat daripada ibunya, penyanyi Rohana Jalil.
“Saya pernah rasa terpukul ketika pertama kali berhadapan dengan gosip-gosip ini tapi Alhamdulillah atas nasihat daripada ibu, saya kembali bersemangat.
“Sekarang saya rasa kontroversi-kontroversi tersebut sebagai bahan lawak sahaja,” katanya.
Sementara itu, mengulas tentang gosip percintaan pelakon Lisa Surihani dan Yusry (KRU) yang pernah digosipkan dengannya, Kila hanya mendoakan yang terbaik buat mereka.
“Pasangan tersebut sangat comel dan sesuai, bagi saya ramai peminat yang setuju jika mereka bercinta,” katanya. - mStarOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga