slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 8 April 2011

Barca belasah Shakhtar


NIESTA meledakkan gol pertama Barcelona ketika menewaskan Shakhtar Donetsk 5-1 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

BARCELONA - Barcelona mengesahkan statusnya selaku salah sebuah kelab terbaik dunia apabila menewaskan Shakhtar Donetsk 5-1 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam.
Paling menarik, pada aksi yang berlangsung di Stadium Nou Camp tersebut, lima gol yang diperoleh skuad The Catalan dijaringkan oleh pemain yang berbeza.
Pemain antarabangsa Sepanyol, Andres Iniesta membuka tirai jaringan seawal minit kedua sebelum Dani Alves menambah gol kedua pada minit ke-34 diikuti Gerard Pique (53), Seydou Keita (60) dan Xavi (86).
Gol sagu hati Shakhtar pula hadir menerusi jaringan yang dilakukan Yaroslav Rakitskiy pada minit ke-59.
Kemenangan itu turut menyaksikan Barcelona mencipta rekod tersendiri apabila merekodkan kemenangan ke- 10 dengan jaringan melebihi lima gol dalam satu perlawanan musim ini.
Tidak cukup dengan itu, The Catalan secara keseluruhannya telah merekodkan 132 gol ke atas lawan mereka yang mana 30 gol dalam saingan Liga Juara-Juara.
"Keputusan yang kami (Barcelona) catat ini adalah sangat baik tetapi ia masih belum menjamin tempat kami untuk mara ke peringkat separuh akhir.
"Jadi... kami perlu lebih berhati-hati pada aksi kedua nanti.
"Shakhtar akan menjadi lebih kuat apabila beraksi di laman sendiri.
"Lihat sahaja ketika mereka menewaskan Arsenal dan AS Roma.
"Itu bakal menjadi pengajaran berguna buat kami," kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.
Sementara itu, jurulatih Shakhtar, Mircea Lucescu seakan-akan sudah 'mengibar bendera putih' berikutan kekalahan yang dialami pasukannya.
Ini kerana, Lucescu menganggap Barcelona telah mara ke peringkat separuh akhir di atas kemenangan selesa yang dilakarkan anak-anak buah Guardiola itu.
"Dengan keputusan yang ada pada perlawanan hari ini (awal pagi semalam), Barcelona dianggap telah mara ke peringkat separuh akhir.
"Saya tidak fikir ada mana- mana pasukan yang mampu menewaskan Barcelona dalam saingan musim ini.
"Memang pasukan lawan akan memberikan mereka (Barcelona) kesukaran tetapi mereka tahu bagaimana caranya untuk mengawal situasi tersebut dengan baik dan menggunakan segala kelebihan yang dimiliki," jelas Lucescu. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga