slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 5 April 2011

Rooney kena gantung dua perlawanan


LONDON 5 April - Penyerang Manchester United, Wayne Rooney digantung dua perlawanan berikutan tindakannya mengeluarkan kata kesat ketika menyambut salah satu daripada tiga gol yang dijaringkannya dalam kemenangan 4-2 ke atas West Ham.

"Persatuan Bola Sepak (FA) England hari ini menghukum Wayne Rooney daripada Manchester United kerana penggunaan bahasa kesat, menghina dan menyinggung perasaan berhubung satu insiden sewaktu perlawanan membabitkan pasukannya dengan West Ham United," menurut satu kenyataan FA semalam.

Tambah kenyataan itu, Rooney diberikan tempoh sehingga pukul 6 petang ini (waktu London) untuk membalas hukuman tersebut.

Sekiranya dia menerima hukuman itu, Rooney akan terlepas aksi melayan kunjungan Fulham di Old Trafford Sabtu ini dan separuh akhir Piala FA menentang Manchester City di Wembley pada 16 April. - REUTERS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga