slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 7 April 2011

Wan Jamak bakal bimbing Kenari


Kejayaan NS menjadi juara Piala Malaysia 2009 antara kenangan termanis Wan Jamak selaku jurulatih kelab tersebut

KEKALAHAN skuad Kenari kepada Johor FC 1-2 dalam saingan Liga Super di Stadium Darulaman, Alor Setar, kelmarin bagai memberi petanda bahawa pasukan berkenaan amat memerlukan pembimbing untuk melonjakkan kedudukan dalam carta.

Malah, peluang untuk membawa sentuhan baru kepada pasukan Hijau Kuning sudah terbuka apabila bekas jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan menawarkan diri untuk mengalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih berikutan penyandangnya, Ahmad Yusof sedang direhatkan. 

Pengurus pasukan Kedah, Datuk Khazali Din berkata, setakat ini beliau dan Wan Jamak sudah berbincang, tetapi dia secara tidak rasmi memaklumkan berminat untuk membimbing skuad Kenari, namun menangguhkannya buat sementara disebabkan mempunyai urusan peribadi. 

Menurutnya, pihaknya berminat untuk mengambil Wan Jamak sebagai ketua jurulatih, tetapi pada masa sama perlu menunggu keputusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sama ada masih mengekalkan Ahmad Yusof atau sebaliknya.

"Dia (Wan Jamak) ada memberitahu memang berminat tetapi minta ditangguhkan terlebih dulu kerana mempunyai masalah peribadi, tetapi mengikut peraturan ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), paling lewat pun bulan depan kita akan mengetahui siapa ketua jurulatihnya.

“Kita minta KFA membuat keputusan dengan segera untuk mengambil siapa yang bakal dipertanggungjawab bagi menggalas tugas sebagai ketua jurulatih kerana keadaan yang berlaku pada pemain pasukan Hijau Kuning sekarang ibarat ‘anak ayam kehilangan ibu’.

“Memang kita berminat, tetapi terpulang pada dia (Wan Jamak) untuk membuat keputusan manakala Ahmad Yusof masih lagi sebagai ketua jurulatih, namun direhatkan. Jika dia (Ahmad Yusof) berminat dengan pasukan lain, kita akan lepaskan,” katanya. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga