slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 8 April 2011

'Proton hanya mahu promosi Lotus'


Syed Zainal Abidin (dari kiri) memberi penerangan kepada Eric Boullier, Vitaly Petrov dan Bruno Senna pada sesi lawatan pasukan Lotus-Renault di Pusat Kemerlangan Proton Shah Alam, semalam. - Utusan/ASWAD YAHYA

SHAH ALAM - Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, penglibatan syarikat pembuat kereta nasional itu dalam Formula Satu (F1) merupakan strategi pemasaran bagi mempromosi jenama kereta sport, Lotus pada peringkat antarabangsa.

Malah, katanya Proton tidak berhasrat untuk menceburi sukan pemotoran itu secara langsung, sebaliknya hanya mahu mengembangkan jenama Lotus semata-mata.

"Kami tidak pernah kata bahawa kami sebuah syarikat Malaysia mahu terbabit dalam F1. Ia hanya melibatkan Lotus dan sudah tentu sebagai pemegang saham, Proton yang merupakan sebuah syarikat nasional, secara tidak langsung turut mengaitkan nama Malaysia dalam usahasama ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas lawatan pasukan Lotus-Renault ke Pusat Kecemerlangan Proton di sini, semalam.

Turut serta pada lawatan itu ialah Pengarah Urusan dan Prinsipal Pasukan, Eric Boullier, pemandu Lotus-Renault, Vitaly Petrov, pemandu simpanan, Bruno Senna serta duta jenama Lotus yang juga legenda F1, Jean Alesi.

Menurut Syed Zainal Abidin, pihaknya lebih selesa penglibatan Lotus dalam F1 dapat dilakukan secara sistematik dan tersusun.

Jelasnya, sungguhpun Lotus merupakan jenama yang terkemuka, syarikat masih memerlukan strategi pemasaran yang berkesan bagi mempromosi lima kereta baru yang akan dipasarkan.

"Kami perlu memulakan perjalanan ini untuk mempromosi jenama kelima-lima kenderaan baru kami yang bakal berada di pasaran.

"Jadi, ini merupakan keputusan yang lebih bersangkut-paut dengan hal ehwal perniagaan kerana kami yakin F1 mampu memperkenalkan jenama Lotus. Langkah yang sama dilakukan Ferarri dan Mercedes," ujarnya.

Sementara itu, Boullier yang menjawab mengenai ketiadaan Nick Heidfeld pada lawatan tersebut berkata, pemandu Jerman itu tidak sihat dan memerlukan rehat yang cukup untuk perlumbaan Ahad ini.

Mengenai perlumbaan di Sepang, Petrov lebih senang merendah diri sambil menyifatkan perlumbaan di Sepang amat sukar.

"Sepang sebuah litar yang hebat, sukar untuk meramal apa yang akan berlaku, namun kami berada pada kedudukan yang mantap dan akan cuba menyaingi pasukan lain,'' katanya. - Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga