slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 28 April 2011

Hakim Sakit, Bicara Kes Cerai Joey Tangguh


Joey dan kekasihnya, Watie (Elite).
KAJANG: Perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan oleh isteri pelakon dan penyanyi, Joey terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang belum ditetapkan kerana hakim syarie yang mendengar kes tersebut bercuti sakit.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini, Abdul Halim Abdullah difahamkan mengalami masalah kesihatan pada bahagian mata.
Kes itu pada asalnya ditetapkan sebagai sambung bicara pada petang Rabu, untuk membolehkan isteri Joey, Noraini Mohamad Nasir disoal balas oleh peguam syarie yang mewakili suaminya.
Noraini, 44, memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor pada 15 Oktober 2010 iaitu kira-kira seminggu selepas Joey dilaporkan bercinta dengan pelakon,Watie Elite.
Pada penyataan tuntutannya, Noraini mendakwa Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 37, telah melafazkan cerai pada 4 Jun 2010, yang hanya didengari oleh seorang rakan suaminya bernama Acong.
Noraini juga mendakwa, Joey juga ada melafazkan lafaz rujuk ke atas dirinya empat hari kemudian, iaitu pada 8 Jun 2010 semasa berada didalam bilik tidur.
Pada keterangan Noraini sebelum ini, wanita tersebut memberitahu, semasa melafazkan rujuk, Joey meletakkan tangan kanannya ke dahi dia manakala tangan kirinya memegang Al-Quran.
Bagaimanapun, Joey yang merupakan vokalis kumpulan Exist hanya mengakui bahawa dia ada melafazkan cerai dan menafikan dakwaan rujuk tersebut.
Perbicaraan juga menyaksikan Noraini memberitahu, Joey telah membuat pengakuan mengenai hubungannya dengan Watie pada penghujung bulan Mei 2010 sebelum keluar daripada rumah kelamin mereka.
Dia juga mendakwa penyanyi yang pernah menghasilkan album “Beradu Suratan” tersebut tidak menjawab panggilan telefon mahupun membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh dia keluar sehingga kembali pada 4 Jun 2010.
Noraini dan Joey berkahwin pada 4 Mei 2005 dan mempunyai seorang anak angkat perempuan, Zidani yang berusia empat tahun setengah.
Pasangan tersebut telah diarahkan untuk tinggal berasingan sehingga mahkamah membuat keputusan yang dapat merungkaikan masalah dalam perkahwinan mereka.
Sepanjang perjalanan kes, Noraini diwakili peguam syarie Amli Embong manakala peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan mewakili Joey.
Joey dilaporkan rapat dengan Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali selepas mereka bertemu di lokasi penggambaran sebuah drama bersiri. - mStarOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga