slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 13 April 2011

Justin Bieber Putus Cinta Kerana Aksi Cium?


DESAS-DESUS mengejutkan tentang penyanyi remaja Justin Bieber (gambar) yang popular dengan lagu Baby dikhabarkan telah putus cinta dengan aktres Selena Gomez.
Menurut majalah US, Selasa, Selena memutuskan untuk berehat sejenak daripada menjalinkan hubungan cintanya bersama Justin.
Namun menurut sumber lainnya, aktres Disney itu terus memutuskan hubungan dengan Justin kerana lelaki itu mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada model salah satu klip video Justin, Jasmine Villegas.
Penyanyi berusia 17 tahun itu pernah dilihat sedang mencium bibir Jasmine di belakang kereta di Kanada.
"Selena patah hati. Setelah dia meminta penjelasan Justin, pada mulanya lelaki itu mengelak tetapi kemudian mengakuinya.
"Selepas itu, Selena mengatakan bahawa hubungan cintanya sudah berakhir," kata sumber terdekat kedua-duanya kepada National Enquirer.
Meski demikian, Selena masih mahu berkawan dengan penyanyi yang popular menerusi Youtube itu.
Selama ini, Justin Bieber tidak pernah mengakui dirinya sedang bercinta dengan Selena.
Namun keduanya kerap dilihat bermesraan menerusi gambar yang dirakamkan. - mStarOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga