slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 8 April 2011

Liverpool sah ke Malaysia


LIVERPOOL - Liverpool FC mengesahkan kelab itu akan bertandang ke Asia pada musim panas ini untuk jelajah pra musim yang ditaja oleh Standard Chartered dengan China, Malaysia dan Korea Selatan menjadi destinasi pilihan mereka.


Reds yang memiliki peminat yang cukup ramai di Asia pernah membuat jelajah selama 10 hari di Thailand dan Singapura pada 2009.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh www.lfctour.com, pasukan Liga Perdana England itu akan berkunjung ke Guangzhou, sebelum bertandang ke Kuala Lumpur dan kemudiannya mengakhiri jelajah di Seoul dengan tiga perlawanan bakal diatur pada jelajah itu dalam bulan Julai.

"Apabila kami ke Asia, sambutan yang kami terima daripada penyokong biasanya cukup luar biasa. Penyokong di sana amat fanatik dalam memberikan sokongan kepada Liverpool dan ia amat hebat kerana kami dapat memberi peluang kepada mereka menyaksikan kami bermain," kata kapten Liverpool, Steven Gerrard.

Pengarah Urusan kelab itu, Ian Ayre berkata: "Jelajah terakhir kami pada 2009 telah diadakan dengan jayanya, kami amat gembira Liverpool akan kembali lagi pada musim panas ini kerana tahun lalu selepas Piala Dunia kami berehat panjang.

"Tiada yang lebih menarik melainkan dapat melihat dengan lebih dekat pasukan ini ketika membuat lawatan ke China, Malaysia dan Korea Selatan, kami memberi peluang para peminat ketiga-tiga negara itu merasai pengalaman ini.

"Kami akan bekerjasama dengan penaja utama, Standard Chartered dan rakan kongsi yang lain bagi memastikan jelajah pra-musim ini dapat dilaksanakan dengan jayanya."

Ketua Kumpulan Hal Ehwal Korporat Standard Chartered berkata: "Kami amat teruja dengan Liverpool FC Jelajah Asia. Ia merupakan satu berita gembira buat peminat Liverpool di Asia dan ia juga merupakan satu bukti kelab serta Standard Chartered menunjukkan komitmen mereka pada benua ini."

Sebarang maklumat mengenai perlawanan dan tiket akan diumumkan tidak lama lagi. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga