slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 11 April 2011

Vettel takluk Sepang


SEPANG - Juara dunia, Sebastian Vettel mempertahankan kejuaraan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia 2001 di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.


Selain kejayaan Vettel yang sekali lagi menawan Litar Sepang, turut mendapat perhatian di kalangan peminat tempat apabila pasukan yang mempunyai kaitan dengan Malaysia Lotus Renault sekali lagi menaiki podium selepas GP Australia dua minggu lalu, kali ini giliran pelumba Jerman, Nick Heidfeld yang menduduki tempat ketiga.

Kejayaan Heidfeld amat istimewa kerana ia dicatatkan di depan penyokong tempatan.

Sepanjang tiga hari GP Malaysia 2011, sebanyak 105,018 peminat F1 menyaksikan perlumbaan.

Tempat kedua milik pelumba McLaren, Jenson Button.

Sejak awal perlumbaan, Vettel, 23, mempamer dominasi apabila mendahului perlumbaan tanpa mampu dicabar oleh pemandu yang bersilih ganti berada di belakangnya untuk dia mencatat keputusan terpantas 1:37: 39.832s.

Pelumba kelahiran Jerman itu berkata, kejuaraan kali kedua yang dimenangi musim ini masih belum meletakkan dirinya pada kedudukan selesa kerana saingan masih terlalu jauh, kerana musim 2011 baru bermula.

"Lihat sahaja tahun lalu, Fernando Alonso (Ferarri) berjaya memberikan saingan sengit kepada saya, apa yang penting ialah mengekalkan momentum pada perlumbaan seterusnya kerana selepas ini kami akan ke China," katanya.

Mengulas mengenai penggunaan Sistem Tenaga Kinetik Sayap Belakang (KERS), Vettel memberitahu penggunaan sistem tersebut lancar dan memuaskan di sepanjang perlumbaan.

Sementara itu, pemandu McLaren, Jenson Button mengekalkan prestasi konsisten sejak awal perlumbaan untuk berada pada kedudukan tiga dan empat, namun, pelumba itu berjaya memperbaiki kedudukannya di tempat kedua ketika saingan berbaki 10 pusingan.

Rakan sepasukan, Lewis Hamilton yang pada awalnya berada di hadapan, tetapi disebabkan pemandu Britain itu mengambil masa terlalu lama melakukan hentian pit, ini membolehkan Button memintasnya untuk berada di tangga kedua sehingga tamat perlumbaan.

Button yang mencatat masa 1:37:43.093s ketika ditemui pemberita memberitahu, perlumbaan GP Malaysia kali ini amat mengelirukannya, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu dan terlalu banyak hentian pit dilakukan.

"Saingan di Sepang amat sukar diramal, saya benar-benar keliru dan cuba untuk memahami berapa banyak hentian pit perlu dilakukan agar pertukaran tayar dapat dibuat," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga