slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 2 April 2011

Misi robek Felda United


 
BARISAN pemain Perak sudah bersedia menjadikan Felda United sebagai mangsa pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

 "SAYA hanya mahukan kemenangan sahaja, tiada keputusan lain."

Begitulah kehendak pengurus pasukan Perak, Khairul Izwan Harun yang disampaikan kepada barisan pemainnya menjelang pertemuan Liga Super dengan Felda United di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Khairul berkata, para pemain telah berjanji akan menunaikan kehendak tersebut dan berazam meraih kemenangan mutlak.

"Jika Perak masih mencatat keputusan seri, kedudukan kami dalam carta liga akan menurun kerana pencabar terdekat yang lain pasti mahu memburu tiga mata penuh," kata Khairul Izwan di Ipoh semalam.

Ketika ini, Perak berada di tangga keempat dengan mengumpul 13 mata dan masih mempertahankan rekod tanpa kalah dalam saingan liga.

Kelantan unggul selaku pendahulu liga dengan 17 mata diikuti Felda United dan Selangor yang berkongsi 14 mata.

Bagaimanapun, Perak gagal mengekalkan rekod bersih dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini apabila tewas 1-3 kepada T-Team pada aksi suku akhir kedua Piala FA, 19 Mac lalu.

Kekalahan tersebut menyebabkan Perak yang pernah menjulang Piala FA pada tahun 1990 gagal mara ke separuh akhir apabila tewas dengan agregat 4-5.

Khairul Izwan mengakui, kekalahan tersebut turut menjejaskan semangat para pemain Perak dan pihak pengurusan telah mengadakan beberapa aktiviti bagi mengembalikan semangat mereka.

"Namun saya berharap semuanya akan kembali pulih selepas Perak mengadakan beberapa perlawanan persahabatan baru- baru ini," katanya.

Khairul Izwan turut membayangkan ketiadaan penyerang kontroversi, Razali Umar Kandasamy tidak menjejaskan persiapan skuad Seladang.

Razali dilapor bakal dikenakan hukuman daripada Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) kerana ponteng latihan selama tiga minggu tanpa sebarang alasan.

"Perak bergantung kepada seseorang pemain sahaja, sebaliknya kami turun secara berpasukan," tegas Khairul Izwan.

Pada aksi malam ini, skuad Seladang akan menurunkan barisan utama yang diketuai penyerang berpengalaman, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. - Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga