slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 20 April 2011

Penghendap ketua MU didapati bersalah



FERDINAND...terganggu
LONDON - Seorang wanita, Susanne Ibru, 38, didapati bersalah di Mahkamah Majistret Macclesfield di sini kelmarin selepas dia didapati bersalah menghendap bintang kelab bola sepak Manchester United (MU), Rio Ferdinand dengan menceroboh ke kawasan rumahnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita berasal dari Peckham, London Selatan dan kini menetap di Queens Road, Newcastle-upon-Tyne itu muncul di rumah kapten MU tersebut sebanyak tiga kali antara Februari dan Jun tahun lalu.
Susanne Ibru
Semasa memberikan keterangan di mahkamah Ferdinand memberitahu bahawa dia berasa marah dan kecewa dengan kemunculan Ibru di kediamannya yang terletak di Alderley Edge, Cheshire.
Perasaan itu muncul, katanya, selepas dia terjaga daripada tidur di atas katil.
Ferdinand berkata, dia terjaga daripada tidur selepas mendengar bunyi sistem bunyi elektrik interkom di pintu rumah mereka.
Pemain itu menjelaskan, dia melihat dari tingkap bilik mandi, seorang manusia yang memakai pakaian menutup kepalanya.
Ferdinand menyatakan kepada Hakim Nicholas Sanders bahawa dia menjerit dan wajah wanita tersebut dapat dilihatnya.
Namun, semasa hakim mahu menjatuhkan hukuman, wanita tersebut keluar dari bilik mahkamah.
Sebelum wanita itu keluar dari bilik mahkamah dia sempat memberitahu Ferdinand: "Saya akan berjumpa dengan anda tidak lama lagi."
Bagaimanapun, hakim tersebut mengeluarkan waran ke atas Ibru bagi mengarahkannya datang semula ke mahkamah untuk mendengar hukuman ke atasnya. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga