slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 29 April 2011

Kenyataan biadap: UEFA buka fail siasat Mourinho


NYON 29 April – Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) kini memulakan siasatan ke atas jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho berhubung kenyataan biadap beliau selepas pasukannya tewas 0-2 kepada Barcelona pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-juara kelmarin.

UEFA belum menyatakan hukuman spesifik kepada jurulatih Portugal itu yang turut mendakwa badan bola sepak Eropah tersebut membantu Barcelona mara ke perlawanan akhir dalam tempoh tiga tahun.

Mourinho juga akan disiasat kerana mengeluarkan komen yang kurang menyenangkan kepada pegawai perlawanan apabila Pepe dibuang padang selepas setengah jam perlawanan dilangsungkan.

Jawatankuasa Disiplin UEFA akan bertemu pada 6 Mei ini bagi menentukan insiden yang berlaku pada perlawanan itu.

“Kes terhadap Real Madrid melibatkan pertengkaran antara pemain, kad merah kepada Pepe, arahan pembuangan Jose Mourinho dan juga kenyataan Mourinho kepada media selepas perlawanan, ” kata kenyataan UEFA. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga