slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 30 Jun 2011

De Gea sah milik United




MADRID - Penjaga gol Atletico Madrid, David de Gea telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Manchester United kelmarin.
Kedua-dua kelab mengesahkan mengenai perpindahan pemain yang akan menggantikan tempat Edwin van der Sar yang bersara tetapi butiran lanjut tentang bayaran tidak didedahkan.
Begitupun, laporan media di Sepanyol mendedahkan yang bayaran perpindahan de Gea berjumlah 29 juta euro (RM127 juta), manakala media Britain melaporkan perjanjian itu bernilai 20 juta euro (RM87 juta).
De Gea, 20, melengkapkan perpindahan itu selepas lulus ujian kecergasan.
Setakat ini, dia menjadi pemain ketiga yang ditandatangani skuad The Red Devils selepas pemain pertahanan Blackburn Rovers, Phil Jones dan penyerang Aston Villa, Aston Villa.
"Saya berasa sangat bangga dan saya tidak sabar untuk bermain di sana (Old Trafford)," kata de Gea dalam laman web rasmi United.
"Apabila sebuah kelab yang hebat seperti United berjumpa dengan kamu, sudah tentu ia akan menjadikan kamu berasa sangat gembira."
De Gea dianggap sebagai salah seorang penjaga gol muda yang paling cemerlang di Eropah.
Minggu lalu, dia membantu skuad remaja Sepanyol menjadi juara pada Kejohanan Eropah (Euro) Bawah 21.
Manakala bulan lalu pengurus United, Alex Ferguson memberi bayangan bahawa De Gea bakal menggantikan tempat van der Sar yang meng- umumkan persaraan selepas pasukan itu tewas 1-3 kepada Barcelona pada final Liga Juara- Juara.
"Saya lihat keinginan beliau (Ferguson) itu sebagai motivasi untuk bekerja lebih kuat, sekali gus mempamerkan kemampuan sebenar saya," kata de Gea.
"Ia adalah suatu keistimewaan untuk menjadi sebahagian daripada pemain di kelab seperti United dan saya akan melakukan yang terbaik untuk membuktikan kemampuan sebenar diri saya." - AP

Lisa Surihani Alami Lebam Gara-Gara 'Sekali Lagi'


Lisa melakonkan watak Shiela dalam filem Sekali Lagi.... - Foto RICKY LAI
PETALING JAYA: Demi menjayakan watak Shiela yang menerima padah akibat derhaka kepada bapanya dalam filem Sekali Lagi, pelakon Lisa Surihani sanggup “dicederakan” sehingga mengalami lebam di lengan.
Menurut Lisa, kejadian itu berlaku sewaktu melakonkan adegan dia diheret dan ditolak ke bawah tangga oleh pelakon Zul (Handy Black) yang melarang dia melihat jenazah ayahnya, lakonan Bob Lokman buat kali terakhir.
“Untuk menjayakan watak Shiela yang dianggap derhaka kepada bapanya, saya membenarkan abang Zul untuk melakukan sepenuh hati dengan mengheret dan menolak saya ke bawah tangga rumah.
“Tetapi akibatnya, saya mendapat lebam teruk di lengan dan terpaksa menahan kesakitan itu,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, dia tidak sanggup untuk memukul pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha yang menjadi anaknya bernama Amy yang nakal dan tidak mendengar nasihat.
Aksi Shiela sewaktu memarahi Amy dalam Sekali Lagi....
“Saya patut pukul Amy (Mia) tetapi perasaan saya menjadi bercampur-baur untuk melakukan adegan itu kerana menganggap Mia seperti anak angkat saya.
“Jadi, saya meminta kebenaran daripada pengarah filem itu, Hashim Rejab untuk menukar adegan daripada memukul Amy kepada menghempas kerusi untuk menunjukkan emosi kemarahan itu,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun,di sebalik aksi dan babak mencabar yang dilakonkan itu, dia beranggapan filem tersebut memberikan mesej tentang kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
Kata Lisa, filem tersebut turut mengajarnya untuk menyayangi keluarga dan berhati-hati dalam melakukan sesuatu.
“Dalam filem ini saya berkahwin pada usia muda serta tidak mendengar nasihat ayah,” ujarnya lagi yang turut sibuk mengacarakan program Mari Menari musim kedua untuk Astro.
Filem Sekali Lagi… turut dilakonkan oleh Bront Palarae, Kartina Aziz, ShaSha Zurazie, Alex Yanz dan Tasya. Ia akan ditayangkan di pawagam mulai 30 Jun ini. - mStarOnline

Belum selamat

Pemain Malaysia, Aidil Zafuan Abd. Razak (tengah) meraikan jaringan kedua bersama rakan sepasukan, S. Kunanlan pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia menang 2-1. - REUTERS


KUALA LUMPUR - Masih belum selamat. Kemenangan 2-1 ke atas Taiwan tidak memberikan sebarang jaminan apabila skuad negara bertandang ke Taipei dalam perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, Ahad ini.

Harimau Malaya tidak sepatutnya membenarkan Taiwan pulang dengan satu gol yang hanya meletakkan anak-anak buah Datuk K. Rajagobal tidak terlepas menghadapi situasi cemas, sekalipun menang di Bukit Jalil, semalam.

Sekurang-kurangnya dengan kelebihan dua gol hasil jaringan kapten pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-27 dan Aidil Zafuan Abd. Radzak pada minit ke-54, kempen awal Malaysia tampak meyakinkan sebelum gawang negara dirobek lawan tatkala pertahanan kita alpa seketika.

Nada Rajagobal tampak sedikit kecewa selepas dua gol yang meletakkan Malaysia agak selesa, akhirnya bertukar kepada situasi mencemaskan.

''Rentak permainan kita tidak mencapai seperti apa yang dikehendaki.''

Itu rumusan Rajagobal ketika skuad kebangsaan gagal mencari bekalan selesa dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 untuk bertandang ke padang lawan, Ahad ini.

Menurutnya, pemain negara melepaskan peluang untuk mencatat jaringan lebih baik, apabila gagal memanfaatkan peluang menambah gol walaupun mendahului lawan 2-0.

"Namun, sebaliknya pasukan lawan pula yang menggegarkan gawang skuad kita, yang memberikan mereka kelebihan apabila beraksi di tempat sendiri selepas ini.

"Apa yang dapat saya katakan rentak permainan kita malam ini tidak seperti yang diharapkan sehingga gagal mencari bekalan selesa untuk aksi kedua nanti," tegasnya.

Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, Malaysia selesa mendahului 2-0 menerusi jaringan Safiq dan Aidil Zafuan.

Namun, kelekaan barisan pertahanan skuad negara menyebabkan gawang dibolosi pada minit ke-75 oleh Chen Po Liang.

Tambah Rajagobal, babak pertama memperlihatkan betapa pasukan negara mempamerkan kesungguhan walaupun bermula tidak begitu agresif pada 20 hingga 30 minit pertama perlawanan.

Katanya, selepas beliau membuat pertukaran pada kedua-dua bahagian sayap, corak permainan pasukan kebangsaan mula agresif.

"Selepas pertukaran dibuat barulah kita lihat beberapa pergerakan menarik sehingga menjaringkan dua gol.

"Ketika itu saya harap pemain dapat menjaringkan gol ketiga sebagai bekalan selesa apabila beraksi di tempat lawan di padang mereka.

"Namun, pemain gagal menterjemahkan beberapa peluang gol yang mereka peroleh. Malah, bahagian pertahanan mula tidak berdisiplin apabila saya membuat pertukaran ekoran kecederaan yang dialami Safee Sali.

"Peluang kita belum berakhir dan saya berazam untuk kami beraksi dengan lebih baik pada aksi di tempat lawan selepas ini," katanya. - UTUSAN

Rabu, 29 Jun 2011

Shaheizy Sam Rehat Berlakon Tahun Depan


Pelakon utama Sekali Lagi... iaitu Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha dan Shaheizy Sam di tayangan perdana filem tersebut di TGV, Sunway Pyramid. - Foto RICKY LAI
PETALING JAYA: Baru menempa populariti tahun ini, pelakon Shaheizy Sam sudah memikirkan untuk berehat daripada dunia lakonan kerana mahu melakukan persiapan untuk bergelar seorang pelakon yang lebih baik.
Pelakon filem Ngangkung dan Kongsi ini dijangka berehat daripada dunia lakonan pada awal tahun depan.
“Saya tidak suka mencari kelemahan dalam lakonan saya kerana sudah menjadi lumrah seseorang itu tidak akan berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan.
“Jadi, saya memilih untuk berehat sementara daripada lakonan dan menyegarkan diri untuk meningkatkan mutu lakonan saya pada masa akan datang. Saya tidak mahu tahap lakonan saya semakin menurun akibat tidak mempunyai banyak persiapan ekoran jadual kerja yang terlalu padat,” katanya selepas tayangan perdana filem Sekali Lagi…di TGV, Sunway Pyramid, di sini, Isnin lalu.
Sam memilih untuk berehat daripada berlakon pada tahun depan.
Jelasnya, dia tidak gemar mengkritik lakonan sendiri kerana bimbang akan kecewa jika lakonannya dalam sesebuah filem atau drama itu tidak sempurna.
“Saya akan menonton hasil lakonan saya jika berkesempatan tetapi saya akan berhenti untuk menonton lagi jika ia menjatuhkan keyakinan saya.
“Tetapi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berkorban bagi mendapat yang terbaik. Saya juga bersedia untuk menghadapi pelbagai suatu hari nanti kerana hidup ini ibarat roda,” kata Sam lagi yang kurang rehat kerana sibuk dengan penggambaran filem Nongkrong.
Selepas selesai filem ini, dia akan terlibat dengan penggambaran filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) terbitan Skop Production.
“Saya juga akan melakukan kerja penerbitan menerusi syarikat sendiri selepas ini,” ujarnya.
Bercerita tentang lakonannya dalam Sekali Lagi… di samping heroinnya Lisa, Sam akui tiada masalah untuk mewujudkan keserasian dengan pelakon itu.
“Saya mudah serasi dengan Lisa walaupun pertama kali berlakon dengannya. Mungkin sebab kami telah lama kenal sejak zaman sekolah lagi.
“Cuma saya sedikit gementar kerana terlalu menjaga hati dia,” ujarnya.
Tambahnya lagi: “Seronoknya bekerjasama dengan pelakon filem ini termasuk Bront Palarae, kami diberi kebebasan untuk mengubah dan menambah idea dalam skrip agar lebih mencantikkan jalan ceritanya.” -- mStarOnline

Kerana Demonstrasi, Konsert '2 Raksasa' Ditunda


Shirazdeen Karim
KUALA LUMPUR: Konsert yang akan menggabungkan dua kumpulan rock legenda, Sweet Charity dan Blues Gang, iaitu “2 Raksasa 2011” ditangguhkan pada 1 Oktober depan atas nasihat pihak polis gara-gara demonstrasi yang akan dibuat oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
Penganjur konsert tersebut, Produser Eksekutif Netzah Production, Shirazdeen Karim berkata, konsert yang sepatutnya berlangsung pada 9 Julai depan di Stadium Merdeka itu tidak dapat dilaksanakan kerana ditakuti berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kerana demonstrasi haram tersebut.
"Kami sudah bersedia secara keseluruhannya untuk konsert itu tetapi atas nasihat pihak polis, kami terpaksa akur. Perkara ini dimaklumkan kepada kami pada Jumaat lepas.
"Polis telah menasihatkan supaya tidak menganjurkan konsert pada tarikh berkenaan demi keselamatan pengunjung yang mungkin akan bertembung dengan kumpulan demonstrasi tersebut," ujarnya pada sidang media Pengumuman Penangguhan Konsert 2 Raksasa 2011, di sini, Selasa.
Selain itu, Shirazdeen berkata disebabkan penangguhan itu pihaknya juga telah kerugian puluhan ribu ringgit bagi menampung kos-kos yang sudah dilaksanakan.
Katanya ia termasuk kos-kos yang melibatkan soal promosi, pembelian iklan dan bunting.
"Kami juga tidak boleh menukar lokasi konsert itu ke tempat lain kerana sudah membayar deposit kepada pihak Stadium Merdeka. Atas sebab itulah konsert berkenaan terpaksa diadakan di lokasi yang sama dengan tarikh yang berbeza,” ujarnya.
Bagaimanapun katanya, individu yang sudah membeli tiket boleh mendapatkan semula wang masing-masing daripada pihak penganjur.
Ramli Sarip dan Shirazdeen Karim
Sementara itu, vokalis Sweet Charity, Ramli Sarip berkata, pihaknya berasa sedih dengan penangguhan berkenaan tetapi menganggap ia sudah ketentuan Tuhan.
"Kami sememangnya sudah bersedia untuk konsert tersebut. Kami akui agak sedih dan terkilan kerana kami terlalu teruja untuk bertemu peminat.
"Namun begitu kami percaya apa yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Lebih penting ialah keselamatan peminat," ujarnya.
Tiket konsert berkenan dijual dengan harga RM 73.00 dan boleh didapati di www.airasiaredtix.com. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-8775 4666 atau semua cawangan Redtix di Rock Corner dan Victoria Music. - mStarOnline

Usah guna laser


“JANGAN buat kecoh! Kami akan mengambil tindakan terhadap mereka yang tak bertanggung jawab mahu mengganggu perlawanan dengan menggunakan laser,” tegas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau yang dihubungi Arena Metro berkata, pihak FAM tidak mahu perkara itu berulang pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 membabitkan skuad kebangsaan menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Menurutnya, ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan tindakan dikenakan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang mungkin boleh mempengaruhi keputusan perlawanan itu.

“Laser memang tidak dibenarkan dibawa masuk ke stadium, jadi pihak polis akan memantau mana-mana individu yang melakukan perbuatan ini dalam perlawanan esok (hari ini). Selain itu penonton yang ada ternampak mereka menggunakan laser ini boleh memberitahu pihak berkuasa dengan segera.

“Masalah pancaran laser ini yang digunakan untuk mengganggu tumpuan pemain boleh memberi gambaran buruk terhadap Malaysia kerana ia sudah berlaku dua, tiga kali sebelum ini.

“Kalau perkara ini terjadi, kita takut AFC mungkin boleh mengenakan tindakan, bukan saja terhadap FAM, malah menilai semula keputusan perlawanan berkenaan, jadi saya berharap penyokong Malaysia supaya lebih berdisiplin,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.

FAM jelas tidak mahu berkompromi dengan masalah pancaran laser yang semakin menjadi-jadi bukan saja dalam kancah bola sepak tempatan malah turut membabitkan perlawanan antarabangsa pasukan negara.

Kes baru terjadi ketika aksi kedua kelayakan Olimpik 2012 London membabitkan Malaysia menentang Lubnan, Khamis lalu apabila perlawanan dihentikan seketika pada babak pertama oleh pengadil Jepun, Toma Maasaki apabila beliau mengesan pancaran laser dari tempat penonton ke arah penjaga gol, Mohamad Dakramanji.

Mujurlah perlawanan itu dapat diteruskan selepas arahan dikeluarkan kepada penonton supaya menghentikan pancaran laser.

Isu penggunaan laser ini mula mendapat perhatian ketika saingan Piala Suzuki AFF, Disember lalu apabila Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mendakwa penyokong Malaysia menggunakan laser sewaktu mereka tewas 3-0 pada perlawanan akhir pertama. - myMetro

Kejutan Rajagobal hadapi Taiwan

K. Rajabobal sempat menguji kebolehan anak buahnya pada sesi latihan di
Stadium Nasional,  Bukit Jalil semalam. - UTUSAN/Ismail Kamadin


JURULATIH kebangsaan, Datuk K. Rajagobal terus merahsiakan kesebelasan utamanya bagi menghadapi Taiwan pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Paling mencuri tumpuan ialah siapa yang akan menjaga gawang gol - sama ada Khairul Fahmi Che Mat atau Sharbinee Allawee Ramli serta gandingan serangan selepas Safee Sali mengalami kecederaan hamstring tendon lutut.
Apa yang pasti, Rajagobal pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam menyatakan bahawa beliau akan sekali lagi membuat kejutan.
"Saya dah banyak kali buat kejutan sebelum ini. Saya selalu buat keputusan mengejut pada saat akhir. Esok (hari ini) saya akan lihat siapa yang cukup bersedia fizikal dan mental untuk diturunkan.
"Mungkin jika Khairul Fahmi berasa selesa (sakit bahu) selepas latihan petang ini (semalam), saya akan turunkannya. Apa pun saya tetap akan dapatkan nasihat fisioterapis pasukan sebelum membuat keputusan," kata Rajagobal.
Di barisan serangan pula, Rajagobal mungkin akan menggandingkan Abdul Hadi Yahaya dan Baddrol Bakhtiar selepas Safee mengalami kecederaan di saat-saat akhir pada sesi latihan petang semalam.
Norshahrul Idlan Talaha dan Ahmad Fakri Saarani pula turut boleh diturunkan selepas kedua-duanya sudah pulih daripada kecederaan hamstring dan lutut.
Namun di sebalik masalah tersebut, Rajagobal tetap berkeyakinan Malaysia mampu meraih kemenangan di laman sendiri bagi mendapatkan bekalan sebelum bertandang ke tempat lawan pada Ahad ini.
"Kami akan tampilkan aksi terbaik apabila beraksi di tempat sendiri dan fokus utama ialah untuk meraih kemenangan. Kita tak boleh nak ramal berapa jumlah jaringan.
"Jika menang 1-0 pun, ia cukup untuk kita ke tempat lawan dengan tanpa tekanan berbanding jika tewas. Jadi saya mahu pemain manfaatkan peluang terhidang dan tiada sebab untuk kita tewas," tegas Rajagobal.
Rajagobal turut menyatakan bahawa dua pemain sayap Taiwan, Lo Chih-An dan Lo Chih-En yang merupakan saudara kembar cukup berbahaya dan pasukan lawan itu memiliki dua pemain pertahanan tengah yang kental.
"Itu yang saya dapat lihat menerusi rakaman video tiga perlawanan membabitkan pasukan Taiwan pada Kelayakan Piala Cabaran AFC 2012 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Mac lalu," jelas Rajagobal. - KOSMO

Isnin, 27 Jun 2011

Chong Wei tunai misi



LANGKAH Datuk Lee Chong Wei (gambar) terlalu unggul untuk disekat apabila mudah mengetepikan pemain Denmark, Peter Gade 21-11, 21-7 bagi menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia buat kali ketiga berturut-turut.
Pada perlawanan akhir di Stadium Istora Senayan, Jakarta semalam, Chong Wei, 28, hanya memerlukan masa 31 minit untuk menjinakkan Gade, 34, yang jelas gagal menyaingi kepantasan, ketepatan dan aksi bertenaga pemain No. 1 dunia itu.
Kejayaan tersebut sekali gus melebarkan rekod kemenangan Chong Wei ke atas Gade kepada 13-1 sepanjang 14 pertemuan dalam karier mereka.
Kali terakhir mereka bertemu ialah pada perlawanan akhir Terbuka India bulan lalu di mana Chong Wei menang dalam aksi yang berlanjutan hingga tiga set.
"Saya bermain cukup yakin hari ini (semalam) walaupun sering disorak penonton Indonesia setiap kali saya melakukan smash.
"Namun, Peter masih seorang pemain yang bagus. Cuma yang memisahkan antara kami ialah saya sudah tahu cara dia mahu bermain," kata Chong Wei yang membawa pulang AS$45,000 (RM135,000) selaku juara.
Kejayaan yang dilakar semalam menjadikan Chong Wei menjadi pemain bukan Indonesia pertama merangkul kejuaraan hatrik dan melakar nama sebaris dengan wira tempatan seperti Ardy Wiranata dan Taufik Hidayat.
Dalam pada itu, Gade berkata, dia tidak dapat menandingi ketangkasan Chong Wei yang melakukan pelbagai corak serangan.
"Chong Wei telalu kuat bagi saya," kata Gade, pemain berusia 34 tahun itu yang membawa pulang wang tunai AS$22,800 (RM70,000).
Pada aksi semalam, selain penyokong fanatik Indonesia, Chong Wei menjadi perhatian pasukan China selepas enam pemain terbaik mereka termasuk jaguh Olimpik, Lin Dan gagal ke final.
Pegawai pasukan China meletakkan kamera di empat penjuru gelanggang untuk merakamkan aksi Chong Wei.
Sementara itu, China masih mempamerkan dominasi dalam lain-lain acara apabila muncul juara dalam acara perseorangan wanita, beregu wanita, beregu lelaki dan beregu campuran.
Dalam perseorangan wanita, pemain India, Saina Nehwal gagal mempertahankan kejuaraan apabila tewas 21-12, 21-23, 14-21 kepada Wang Yihan.
Dalam acara akhir beregu lelaki, gandingan Cai Yun-Fu Haifeng pula menewaskan rakan senegara, Chai Biao-Guo Zhendong 21-13, 21-12.
Pemain China turut menguasai acara beregu wanita apabila gandingan Wang Xiaoli-Yu Yang menewaskan beregu tuan rumah, Vita Marissa-Nadya Melati 21-12, 21-10.
Indonesia terus kempunan meraih kejuaraan di bumi sendiri apabila gandingan Ahmad Tantowi-Liliyana Natsir tewas kepada beregu China, Zhang Nan-Zhoa Yunlei 22-20, 14-21, 9-21 dalam acara beregu campuran. - KOSMO

Sabtu, 25 Jun 2011

Golf Terbuka Kelantan tawar hadiah RM200,000

Ike Wie Meng Toh (dua dari kanan) bersama pegawai jawatankuasa Kejohanan
Golf Terbuka Kelantan ke 37 menunjukkan trofi yang dipertandingkan


KOTA BHARU - Lebih RM200,000 hadiah dipertaruhkan dalam Kejohanan Golf Terbuka Kelantan kali ke-37 termasuk hadiah khas kepada peserta yang berjaya melakukan pukulan selubang.

Pengerusi kejohanan, Mike Wie Meng Toh berkata, hadiah khas itu mungkin akan bertambah nilainya dengan kemunculan penaja-penaja baru menjelang kejohanan tersebut.

"Setakat ini hadiah khas yang telah dapat dikenal pasti adalah berupa kenderaan iaitu sebuah kereta dan sebuah motosikal berkuasa tinggi," katanya di sini, semalam.

Katanya, kejohanan tahunan itu akan berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 Julai ini.

Beliau menjangkakan seramai 200 peserta akan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut termasuk peserta dari Thailand dan Singapura.

"Kita mempunyai logistik sesuai dan mencukupi bagi menampung kehadiran peserta seramai itu, terutama struktur padang yang cukup baik berbanding di tempat-tempat lain di pantai Timur ini," katanya.

Sebagai penyediaan awal, katanya, pihaknya kini sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan padang bagi memastikan keadaan sentiasa terjaga selain mutunya dapat dipertingkatkan lagi menjelang kejohanan berlangsung.

Beliau percaya, kejohanan tersebut akan berlangsung dengan lancar berdasarkan sokongan yang ditunjukkan banyak pihak setakat ini.

Kejohanan tersebut dianjurkan Kelab Golf dan Desa Kelantan dengan kerjasama Persatuan Golf Malaysia (MGA). - UTUSAN

Genting jenama baharu dalam EPL

Jenama Genting akan tertera di jersi pasukan Aston Villa.


GENTING UK, anak syarikat Genting Malaysia Berhad kini menjadi penaja utama kelab bola sepak England, Aston Villa dalam mengharungi Liga Perdana England (EPL) bagi musim 2011/2012 dan 2012/2013.
Menerusi perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak baru-baru ini, jersi pasukan Aston Villa semasa beraksi di laman sendiri dan tempat lawan juga akan dilengkapi dengan logo Genting selama dua musim.
Timbalan Pengerusi Eksekutif Genting UK, Peter Brook dalam kenyataannya berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan kelab terkemuka seperti Aston Villa.
Menerusi perjanjian itu katanya, kedua-dua pihak juga bersetuju menyokong aktiviti masing-masing sama ada di dalam atau di luar negara, selain pihaknya turut menyediakan pelbagai manfaat tajaan lain yang bakal dinikmati Aston Villa.
“Usaha sama ini dilihat wajar bagi menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan Genting sebagai satu jenama unggul dalam bidang perhotelan dan riadah sekali gus meluaskan pengaruh Genting di peringkat antarabangsa.
“Kami percaya hubungan antara kedua-dua pihak dapat terjalin utuh menerusi usaha sama ini memandangkan pasukan Aston Villa mempunyai reputasi yang cukup bagus di kota Birmingham,” katanya dalam kenyataan itu semalam.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar tajaan tersebut.
Aston Villa yang membariskan nama-nama besar dalam arena bola sepak seperti Gabriel Agbonlahor, Darren Bent dan Brad Friedel mengakhiri cabaran mereka dalam Liga Perdana England di kedudukan kesembilan pada musim lalu.
Meskipun kehilangan Ashley Young yang berhijrah ke Manchester United pada musim depan, pasukan itu sudah pasti merencana strategi baharu bagi memastikan mereka layak ke cabaran Liga Juara-Juara selepas ini.
Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Aston Villa, Paul Faulkner dalam kenyataan yang sama memberitahu, pihaknya amat gembira dan teruja untuk bekerjasama dengan Genting, selain berharap untuk mendapat manfaat daripada kredibiliti Genting sebagai sebuah syarikat antarabangsa yang terkemuka dalam industri hospitaliti.
“Kami percaya ini akan menjadi satu perkongsian yang baik dan positif untuk Aston Villa sekali gus membantu pembangunan kelab secara berterusan.
“Usaha sama ini juga dilihat menjadi detik permulaan baru kepada Aston Villa memandangkan Genting mempunyai jaringan yang cukup bagus di peringkat antarabangsa sekaligus mencerminkan imej yang positif untuk kedua-dua pihak,” katanya. - KOSMO

Chong Wei terus mara




HANYA Datuk Lee Chong Wei sahaja yang tinggal meneruskan cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Indonesia 2011.
Yang lainnya sudah gulung tikar termasuk beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Ee Hui selepas terkandas pada aksi peringkat suku akhir yang berlangsung di Stadium Istora Senayan, Jakarta semalam. 
Kien Keat-Boon Heong tewas di tangan pasangan Indonesia, Ahsan Mohammad-Septano Bona 19-21, 14-21 manakala Pei Tty-Ee Hui terpaksa akur dengan kehebatan Marissa Vita-Melati Nadya juga dari Indonesia 17-21, 21-17, 17-21.
Kekalahan dua beregu negara itu sekali gus menyaksikan impian mereka untuk merangkul kejuaraan pertama tahun ini tidak kesampaian.
Begitupun, kegagalan tersebut sedikit terubat selepas Chong Wei tidak berdepan halangan mengenepikan cabaran pemain perseorangan Vietnam, Nguyen Tien 21-7, 21-12 pada aksi suku akhir semalam.
Kejayaan itu sekali gus menyaksikan pemain kelahiran Pulau Pinang itu semakin hampir bagi merealisasikan impiannya untuk merangkul kejuaraan ketiga berturut-turut pada Terbuka Indonesia.
Sebagai rekod, Chong Wei muncul juara Terbuka Indonesia pada tahun 2009 dan 2010.
Meskipun musuh tradisinya, Lin Dan dari China telah pun tersingkir pada pusingan kedua kelmarin, Chong Wei masih tetap perlu berwaspada apabila dua perseorangan dari negara Tembok Besar itu Chen Long dan Du Pengyu dijangka menantinya di peringkat separuh akhir.
“Biarpun Lin Dan menjadi pilihan untuk menentang saya di final tetapi saya belum lagi layak ke final dan saya tidak mahu terlalu memikirkan ke arah itu.
“Saya masih mempunyai beberapa pemain yang handal yang perlu ditempuhi pada peringkat separuh akhir esok (hari ini).
“Justeru, saya perlu fokus sehingga mencapai sasaran mempertahankan gelaran saya,” kata Chong Wei. - KOSMO

Sepah Juara Maharaja Lawak, Kongsi RM350,000


Kumpulan Sepah menjadi juara Maharaja Lawak yang diadakan di Stadium Malawati,Shah Alam, Jumaat.
SHAH ALAM: Selepas 13 minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak berjaya menjadi milik kumpulan Sepah apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, malam Jumaat.
Kemenangan Sepah yang terdiri daripada Mamat, Shuib dan Jep melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala Nabil mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.
Finalis Maharaja Lawak menerima hadiah masing-masing.
Bagaimanapun, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.
Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.
Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 50 peratus undian penonton di rumah dan juga juri yang terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham serta Saiful Apek.
Sementara itu mengulas kemenangan mereka Sepah berkata, mereka turut berhadapan dengan masalah mencari idea setiap kali membuat persembahan.
Bagaimanapun sikap yang sentiasa mahu berbincang bersama-sama adalah antara formula kejayaan kumpulan itu.
“Idea kami tersangkut juga tetapi syukurlah dengan bantuan Dia (Allah), kami dapat mengeluarkan idea yang baik,” kata mereka.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna & Prima, Nizam Sani.
Pertandingan Maharaja Lawak bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) sejak 1 April lalu. - mStarOnline

Jumaat, 24 Jun 2011

Budak tersangkut pada palang tingkat tiga

Seorang anggota polis cuba untuk menyelamatkan kanak2 perempuan uang tersangkut.


BEIJING - Kepala seorang budak perempuan berumur empat tahun tersangkut di celah palang besi di bawah tingkap di tingkat tiga sebuah apartmen di Tengzhou, utara China, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, budak itu tersangkut selama 20 minit sebelum dia diselamatkan oleh beberapa anggota polis.
Pada mulanya, seorang anggota polis itu berdiri di atas alat pendingin hawa dekat dengan budak tersebut selepas dia memanjatnya dengan menggunakan tangga.
Namun, anggota polis itu, Zhao Liancheng gagal untuk menariknya keluar.
Liancheng berkata: "Pihak kami (polis) menghubungi ibu bapa budak itu untuk pulang ke rumah dengan serta- merta."
Ibu bapa budak itu tiba 10 minit kemudian dan beberapa anggota polis memasuki apartmen untuk menarik dia dari tingkap.
Bapa budak itu menyatakan dia dan isterinya keluar rumah untuk bekerja menyebabkan anaknya tinggal berseorangan.
Menurutnya, anaknya bertuah kerana jiran-jiran dapat mengetahui kejadian itu.
Budak itu dipercayai terjatuh selepas dia melihat pemandangan dari tingkap tersebut. - Agensi

Pemain bola lari ke hutan


KAJANG: Seorang lelaki berusia 23 tahun yang juga bekas pemain bola Piala Presiden sebuah negeri pada 2006 bertindak nekad melarikan diri dengan tangan masih bergari dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, suspek melarikan diri kira-kira jam 4.45 petang kelmarin ketika anggota polis membawanya untuk dimasukkan ke dalam lokap sebelum dia berjaya ditahan semula kira-kira jam 1.30 petang (semalam) di kawasan hutan berhampiran Plaza Tol Sungai Balak.

“Suspek dengan tangan bergari bertindak berani dengan memanjat tembok IPD Kajang sebelum melarikan diri menuju ke kawasan berhampiran pemancar Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk bersembunyi.

“Sewaktu melarikan diri, suspek sempat singgah di rumah neneknya di Simpang Balak dipercayai untuk menukar baju bagi mengelak dikesan polis,” katanya.

Rashid berkata, gerakan mengesan suspek dilancarkan IPD Kajang dengan bantuan Unit Anjing Pengesan dan polis turut membuat sekatan jalan raya bermula semalam di sekitar Kajang.

“Polis menerima maklumat awam yang ternampak kelibat suspek di Taman Sutera sebelum anggota polis dihantar ke tempat kejadian untuk pemeriksaan.

“Suspek yang menyedari kehadiran polis kemudian melarikan diri dan berlaku pergelutan dengan anggota yang mahu menahannya sebelum dia ditahan dalam keadaan tangan masih bergari,” katanya.

Katanya, suspek sepatutnya dibawa ke Mahkamah Putrajaya semalam bagi prosiding untuk dijatuhkan hukuman atas kesalahan rogol yang dilakukannya pada 2009.

“Suspek kini ditahan reman di lokap IPD Kajang dan akan didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan (KK) kerana melarikan diri ketika dalam tahanan,” katanya. - myMetro

Malaysia tempah babak seterusnya

Wan Zack Haikal (kanan) cuba melepasi pemain pertahanan Lebanon, Chadi  Atie.


KUALA LUMPUR - Mohd. Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor memastikan Malaysia mara ke saingan peringkat kumpulan bola sepak Kelayakan Olimpik 2012 selepas jaringan mereka menumpaskan Lebanon 2-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Kedua-dua gol yang hadir seawal minit ketujuh dan 40 itu turut membawa skuad bawah 22 tahun negara bimbingan Ong Kim Swee menang 2-1 secara agregat setelah terikat tanpa jaringan di Stadium Sports City, Beirut, Ahad lalu.

Pasukan pelawat yang dibimbing Samir Saad bagaimanapun cuba menyaingi ketika tuan rumah pincang beraksi dengan 10 pemain, malah berjaya merapatkan kedudukan menerusi Chadi Atie pada minit ke-64 setelah tuan rumah kehilangan pemain tengahnya, Gary Steven Robbat pada babak kedua kerana menerima kad kuning kedua.

Lebanon juga lebih awal menguji penjaga gol tuan rumah, Khairul Fahmi Che Mat menerusi tandukan Mahmoud Kojok pada minit keempat dan Mohamad Haidar (keenam) yang bagaimanapun hanya terus kepada dakapan pemain Kelantan itu.

Hanya seminit kemudian, tuan rumah menunjukkan sentuhan siapa sebenarnya yang lebih tepat dalam gerakan penyudahan apabila membuka tirai gol hasil rembatan kaki kanan Mohd. Irfan Fazail.

Ia berpunca daripada sepakan sudut dari sebelah kiri oleh Mohamad Muslim Ahmad dan selepas satu percubaan jarak dekat pertama sempat diadang pemain lawan lantas stadium bergema dengan sorakan gol diraikan lebih 10,000 penyokong.

Permainan tiba-tiba diberhentikan pada minit ke-27 kerana pengadil Jepun, Toma Maasaki mengadu terdapat pancaran cahaya laser daripada penonton.

Menyambung aksi seminit kemudian, Mohamad Fandi Othman bagaimanapun mensia-siakan pula sepakan bebas tidak jauh dari petak penalti untuk menambah gol.

Minit ke-30 menyaksikan Wan Zack Haikal Wan Nor pula melepaskan peluang keemasan dengan rembatan yang tersasar daripada umpanan leret cantik Gurusamy Govandar Kandasamy yang mengatasi dua pemain pertahanan lawan.

Pada minit ke-38, satu lagi kesempatan gol buat Lebanon terbentang menerusi Haidar yang melepaskan rembatan kaki kirinya dan menewaskan Khairul Fahmi, namun hanya palang menjadi penghalang yang menghampakan pelawat.

Stadium Nasional gamat sekali lagi dengan sorakan ceria penonton apabila Wan Zack Haikal yang mendapat satu lorongan bola cantik Gary Steven Robbat menolak masuk gol kedua Malaysia sekali gus menghampakan lagi penjaga gol lawan, Mohamad Dakramanji yang cuba meluru keluar.

Meraikan gol kedua yang menjarakkan kedudukan sehingga separuh masa pertama tamat, ribuan penyokong negara berpadu tenaga untuk menyanyikan lagu patriotik, Barisan Kita.

Malang menimpa Malaysia yang terpaksa bermain dengan 10 orang sebaik sahaja permainan babak kedua mencecah lima minit apabila Gary Steven dikenakan kad kuning kedua oleh Maasaki kerana mengasari Mohamad Haidar.

Malang berganda tiba pada minit ke-64 yang menyaksikan Lebanon merapatkan kedudukan 1-2 menerusi tandukan Chadi Atie yang menewaskan Khairul Fahmi malah Mohamad Muslim yang cuba mengeluarkan bola di garisan gol, masih gagal menyekatnya. - UTUSAN

Iklan Mangga