slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 13 Jun 2011

‘Maafkan saya’




KOTA BHARU: “Maafkan saya.” Itu luahan pemain pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin, 26, kepada hampir dua juta rakyat Kelantan, selepas dia menjaringkan gol sendiri pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin, sehingga mengakibatkan Kelantan terpaksa berputih mata apabila tewas kepada Terengganu, 2-1.

Mohd Daudsu berkata, hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaannya selepas melakukan kesilapan berkenaan.

“Saya memohon maaf kepada semua penyokong Kelantan, terutama penyokong yang sanggup datang dari jauh untuk memberikan sokongan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

“Saya sedar, penyokong Kelantan menaruh harapan tinggi untuk melihat Kelantan menang, tetapi nasib tidak menyebelahi kita. Maafkan kesilapan yang saya lakukan,” katanya, ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, dia tidak dapat melelapkan mata semalaman gara-gara tertekan dengan kesilapan yang dilakukannya.

“Saya akui saya tidak dapat tidur kerana terlalu memikirkan kesilapan yang dilakukan.

“Saya sudah mencuba segala yang termampu. Saya tidak mahu Kelantan tewas apatah lagi melakukan kesilapan sehingga membawa kepada kekalahan, justeru saya berharap semua penyokong dapat menerima kekalahan itu,” katanya.

Dalam pada itu, penyokong Kelantan tidak menyalahkan Mohd Daudsu, sebaliknya tetap memberi sokongan padu kepada pemain pertahanan itu.

Ini dapat dibuktikan menerusi kewujudan laman khas di Facebook dengan pelbagai tajuk, antaranya, ‘100,000 rakyat Kelantan tak salahkan Daudsu atas kekalahan Kelantan’, ‘Jangan salahkan Daudsu okay’, ‘Maafkan Daudsu’ dan ‘Bukan salah Daudsu’.

Kewujudan laman khas itu menerima sokongan ribuan penyokong Kelantan.

Mohd Daudsu ketika ditanya mengenai sokongan diterima itu, mengakui terharu dan berterima kasih di atas sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan penyokong Kelantan.

Menurutnya, dia juga berterima kasih kepada rakan sepasukan yang tidak menyalahkannya dan tetap menyebelahinya.

“Terima kasih kepada penyokong dan rakan sepasukan yang sentiasa memberi semangat kepada saya.

“Saya akan terus berbakti kepada pasukan Kelantan dan membantu Kelantan untuk menjuarai Liga Super,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa membuat kenyataan di laman Facebook peribadinya, bahawa tiada sesiapa perlu di persalahkan atas kekalahan Kelantan.

“Semua pemain sudah buat yang terbaik dan gol Daudsu adalah takdir. “Daudsu tidak boleh dipersalahkan,” katanya. - myMetro

3 ulasan:

  1. Ini semua takdir, tiada siapa yg perlu dipersalahkan.

    Tahniah utk pasukan & peminat Red Warrior atas semangat kesukanan ini. Walau bagaimanapun Red Warrior main dgn begitu baik sekali cuma bukan rezeki kita mlm itu.

    Ni wat aku saye' oghe Kelate ni...xmudoh melatoh.

    BalasPadam
  2. kesian jugak kat daudsu ni..tp dah tu yg tersurat, nak buat cam ner kan

    BalasPadam
  3. betul tu Pn Wida, kita sbg penonton ni jgn emo sangat.

    BalasPadam

Iklan Mangga