slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 7 Jun 2011

'Aksi Keterlaluan, Shahz Jazle Dah Tahu' - Gambit

PETALING JAYA: Pengarah klip video kontroversi, Gambit Saifullah, 26, menjelaskan pelakon Shahz Jaszle sudah mengetahui jalan cerita klip video yang diarahnya sebelum bersetuju untuk melakonkan adegan yang diberikan.
Gambit berkata, sebelum menerima tawaran itu, Shahz sudah dimaklumkan dengan adegan yang bakal dilakonkan termasuk berpelukan dengan penyanyi Prema Yin dalam klip video tersebut.
“Shahz sudah dimaklumkan apakah adegan yang hendak dia lakonkan dalam klip video Prema Yin itu,” katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.
Gambit diminta mengulas kenyataan Shahz Jazle dalam sebuah portal hiburan kononnya dia terkejut hasil klip video itu yang agak keterlaluan dan mengakui tidak selesa melakonkan adegan berkenaan.
Aksi yang menjadi kontroversi lakonan Shahz Jazle dan Prema Yin.
Shahz Jazle menjadi model klip video bagi menjayakan single terbaru Prema Yin berjudul Marilahdengan aksi yang dilihat keterlaluan seolah-olah sedang berahi dalam menonjolkan keintiman hubungan suami isteri.
Ia menjadi lebih hangat apabila Gambit membuat kenyataan klip video itu adalah untuk pasaran Amerika Syarikat selain berpendapat ia tidak berunsur lucah seperti mana yang diperkatakan umum.
Gambit bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berhubung kenyataan yang diberikan oleh Shahz itu sebaliknya menjelaskan pelakon tersebut sudah mengetahui apa yang hendak dilakukannya.
“Saya pun tak mahu memanjangkan lagi perkara ini. Saya mengaku agak stres,” katanya. - mStarOnline

2 ulasan:

  1. pelakon & pengarah, sama aje....ngaku org islam tapi gaya hidup cara org kafir sebab tu anggap benda ni x lucah.

    X lucah apa ke bendanya klu dagu melekap kat paras tetek betina tu. Utk pasaran Amerika konon, apa org Amerika tu faham ke lagu melayu....sudah la xyah nak gebang lagi.....

    BalasPadam
  2. betul tu bro aku sokong sangat2 kenyataan bro.

    Mereka ni dah termalu jadi byklah alasan yg diberi bila dah kena kutuk. Kita ni klu nak maju biarlah dlm bidang ilmu & ekonomi bukan maju dlm menjatuhkn moral org melayu apatah lagi agama Islam.

    Aku ingat dia org ni terperasan duk kat Amerika kot....LOL

    BalasPadam

Iklan Mangga